JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 17 Mac 2011

MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMATLAH setujunya saya apabila membaca laporan di dalam Malaysiakini yang menyebut bahawa ada sekumpulan di dalam PAS ingin membawa Mat Sabu ke jawatan lebih tinggi di dalam kepimpinan PAS di dalam Muktamar Pemilihan PAS akan datang. Saya berpendapat tempat paling baik dan sesuai buat tokoh yang `vokal' dan `radikal' seperti beliau adalah sebagai Timbalan Presiden PAS.

Di dalam menghadapi situasi politik di negara ini di masa-masa akan datang memerlukan tokoh seperti Mat Sabu. Jika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, beliau mempunyai pejuang yang berbagai watak samada yang lembut mahu pun yang berpewatakan keras. Ini penting untuk `Uslub' perjuangan Islam bergantung kepada situasi yang dihadapi. Sayyidina Omar R.A sebagai contoh adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan `tegas dan keras' di dalam membela Islam. Beliau amat digeruni oleh musuh-musuh Islam ketika itu.

PAS perlu tokoh yang seperti Mat Sabu untuk mempertahankan PAS di dalam menghadapi musuh politiknya. Tidak dapat dibayangkan jika semua pimpinan PAS berperwatakan seperti Tuan Guru Nik Aziz atau pun seperti Tuan Guru Haji Hadi. Mereka sebagai Ulamak yang mempunyai cukup kesabaran di dalam menghadapi serangan musuh. Sudah tentu musuh PAS amat gembira jika kesemua pimpinan PAS bersikap sedemikian.

Justeru itu, Mat Sabu boleh diangkat sebagai pengimbang di dalam pendekatan dakwah PAS. Beliau juga layak kerana tidak mempunyai ramai `seteru' samada di dalam parti mahu pun di luar parti. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng akan dapat memberi kebaikan bersama kepada PAS dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini