JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 5 Januari 2011

TOK GURU NIK AZIZ SAMBUT KHAIRUL FAHMI

Kepulangan wira negara diraikan

KOTA BHARU – Lebih 2,000 menyambut kepulangan wira negara iaitu penjaga gol utama skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang kembali ke kampung halaman beliau di Kota Bharu semalam.

Khairul Fahmi, 21, yang merupakan penjaga gol utama Kelantan musim lalu dijulang sebagai wira negara setelah membantu skuad kebangsaan muncul juara Kejohanan Piala AFF Suzuki buat pertama kali sejak ianya dipertandingkan 14 tahun lalu.

Sambutan perarakan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan diiringi konvoi bermotosikal itu bermula daripada jajahan Machang dan berakhir di Kampung Cherang dekat sini.

Majlis sambutan kepulangan wira negara itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan diadakan di restoran Rizal Nasi Kukus.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut meluangkan masa menghadiri majlis sambutan kepulangan wira negara itu. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood, Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dan ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.

Kepulangan Khairul Fahmi sememangnya dinanti-nantikan oleh ribuan peminat bola sepak Kelantan yang begitu teruja untuk melihat wajah anak watan negeri ini dengan lebih dekat setelah mengharumkan nama negara dalam pentas bola sepak negara di peringkat Asean.

Khairul Fahmi, anak keempat daripada lima adik beradik dan tinggal di Kampung Dusun Raja, memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang sebelum menyambung pendidikannya di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor Bahru dan mengakhiri pembelajaran di peringkat menengah dengan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 7 Januari 1989 dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 tidak lama lagi, Khairul Fahmi pernah beraksi bersama pasukan Liga Simpanan Selangor PKNS FC, Harimau Muda dan sebelum kembali menabur bakti bersama negeri kelahiran sendiri sejak dua tahun lalu.

Kemuncak kejayaan beliau ialah membantu pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun pada musim lalu selain turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Penjaga Gol Terbaik Kebangsaan 100 PLUS tahun lalu.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, dua anak kelahiran Kampung Cherang iaitu Shamirul Shamil Mazlan yang merupakan pemain bola sepak bawah 14 tahun kebangsaan dan Mohd Justify FullArifuddin Mohd Shukri, pelatih Akademi Bola Sepak Darul Naim turut menerima cenderahati daripada Nik Abdul Aziz./Sinar

PKR AKAN ADAKAN ROADSHOW BUKU JINGGA

Biro Penerangan KEADILAN Akan Adakan Roadshow Jelaskan Buku Jingga Program 100 Hari Pakatan Rakyat
Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_4537PETALING JAYA 4 Jan - Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengedarkan Buku Jingga yang mengandungi 10 dasar teras dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam pelbagai bahasa ke seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia secara terperinci polisi dan pelaksanaan dasar yang digariskan apabila tertubuhnya Kerajaan Persekutuan baru selepas Pilihan Raya umum ke-13 kelak.

Ketua Penerangan KEADILAN yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty berkata biro juga akan memperhebat serta melipat gandakan usaha penyebaran maklumat kepada rakyat serta anggota parti bagi menyanggah segala propaganda media milik dan kawalan Umno-Barisan Nasional.

Kata Dr Muhammad Nur beliau bersama Pengarah Biro Komunikasi yang diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah diamanatkan oleh Majlis Pimpinan Pusat untuk mengembeleng usaha bagi mematah serangan dan fitnah media Umno-BN.

Beliau berkata selain Bahasa Malayisa dan Bahasa Inggeris, Buku Jingga akan diterjemah dalam Bahasa Cina, Tamil dan bahasa etnik sabah dan Sarawak disamping satu roadshow akan diadakan bermula Februari depan bagi menjelaskan isi kandungan Buku Jingga yang dilihat telah mengentarkan pimpinan Umno-BN.

Sehubungan itu kedua-dua biro akan mengadakan sidang media mingguan di ibu pejabat parti setiap hari Selasa pada pukul 11.00 pagi serta bercadang mengadakan pertemuan dengan semua organisasi media dalam masa terdekat untuk merapatkan lagi hubungan dan persefahaman.


IMG_4534"Saya menerima amanat dari Majlis Pimpinan Pusat untuk menerangakan dasar perjuangan parti kepada rakyat dan warga parti . Ini merupakan kesinambungan kepada dasar pada masa lalu tapi dengan azam bekerja dalam satu pasukan bagi memperkasakan parti dan menyampaikan maklumat yang benar, cepat dan tepat ketika serangan bertubi-tubi oleh Umno-BN k atas KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Biro Penerangan akan menjelaskan segala dasar parti dengan lebih proaktif dan produktif dari segi aktiviti serta pastikan objektif umum dan khusus dicapai," kata Dr Muhammad Nur dalam sidang media pertamanya selaku Ketua Penerangan di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana pagi tadi.

Beliau menegaskan Biro Penerangan dan Biro Komunikasi akan berperanan menjadi suara yang menyalurkan maklumat mengenai dasar alternatif Pakatan Rakyat disamping mendedahkan kelemahan dasar BN.

Sementara itu Nik Nazmi yang turut hadir pada sifdang media itu berkata Biro Komunikasi telah diarahkan oleh pasrti untuk memaksimakan penggunaan IT (teknologi maklumat) serta menjadikan dasar agar penerangan berkaitan isu-isu semasa dapat disalurkan kepada rakytat dalam tempoh 24 jam.IMG_4535


"Kita akan memulakan gerak kerja ke arah matlamat yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti semasa kempen pilihan raya kecil Tenang nanti," kata Nik Nazmi.

Dr Muhammad Nur juga mengumumkan pelantikan tiga Timbalan Ketua Penerangan yang terdiri daripada ADUN Pantai Jereka Sim Tze Tsin, ADUN Bukit Melawati Ir Muthiah Maria Pillay serta bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KEADILAN Datin Animah Ferrar.

Selain itu Ahli Jawatankuasa Induk Biro Penerangan KEADILAN pula dianggotai oleh Ibnu Abu Bakar sebagai Setiausaha, CC Lee selaku Bendahari, Datuk Idris Jauzi, Dr Mahendran V Markandoo dan Chua Yee Lin masing-masing sebagai Ketua Isu Semasa, Ketua Psywar Kamarul Bahrin Zahid, Ketua Penerbitan Dzulkarnain Taib, Mohd Yahya Mat Sahri, Ketua Pengacaraan dan Sharipuddin Muis sebagai Pegawai Eksekutif./SK

KECAM PEMIMPIN PARTI - GOBALA KENA JAWAB 45 HALAMAN

Gobala terima surat tunjuk sebab 45 halaman Remove Formatting from selection
Jan 4, 11

Kecaman bekas ahli majlis tertinggi PKR, N Gobalakrishnan ke atas pemimpin parti itu akhirnya membawa padah apabila beliau hari ini diberikan surat tunjuk sebab sepanjang 45 halaman.

NONEGobalakrishnan (kiri, berbaju putih) melalui Twitter berkata sekitar tengahari tadi dia menerima dokumen berkenaan melaui faks. Usaha menghubunginya setakat ini tidak berjaya.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mengesahkan perkara berkenaan dan berkata Gobalakrishnan akan diminta menjelaskan pelbagai ledakan kemarahannya itu.

“Ini (surat tunjuk sebab) adalah prosedur biasa apabila pemimpin parti terus menyerang parti tanpa melalui saluran yang betul,” kata Saifuddin.

Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai melepaskan kemarahannya apbila mendakwa pemilihan PKR dicemari penyelewengan.

Beliau juga didakwa berada di rumah Datuk Zaid Ibrahim, sebelum ketua PKR Wilayah Persekutuan itu menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundurkan dirinya dari parti.

Gobalakrishnan juga membidas kepemimpinan parti itu, apabila mereka melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Beliau mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarkat India kerana tidak fasih berbahasa Tamil.

NONESerangan terbarunya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya. Gobalakrishnan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup.

Sepanjang tempoh berkenaan, beliau juga banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali./Malaysiakini

KAMI MERAYU, TOLONGLAH NAIKKAN HARGA MINYAK MASAK SEGERA!!


Oleh: WFAUZDIN NS

DENGARLAH rayuan kami wahai Kerajaan 1 Malaysia. Kami MERAYU sangat agar harga minyak masak dinaikkan segera. Tak kisahlah berapa pun asalkan naik harga dari harga sekarang.

Begitulah rayuan yang aku baca kat laman web di sini. Mereka sudah tiada pilihan lagi dan terpaksa memohon dan merayu kepada kerajaan `Rakyat Didahulukan' ini agar SEGERA menaikkan harga minyak masak. Mereka seperti rasa tak seronok pula kalau terlalu lama barang tak naik.

Dulu sukar mendapatkan gula, tiba-tiba harga gula naik 20 sen. Sekarang gula melambak di kedai. Mungkin sebab itulah kali ini mereka merayu tolong naikkan segera harga minyak masak. Jika harga sudah naik nanti, mungkin minyak masak boleh dibuat mandi kerana terlalu banyaknya.

Nak dikatakan sawit tak ada, tak lojik pula kerana Peneroka Felda ni bertalu-talu dapat bonus. Ada pula tokoh bingai berkata, kurangkan guna minyak kerana bahaya kalesterol. Itulah alasan yang sering kita dengar bila barang keperluan tiada. Dulu, suruh kurangkan makan gula untuk jaga kesihatan. Bila gula sudah naik harga dan gula banyak, senyap mereka.

Satu hari nanti bila takrif air ingin dinaikkan, tokoh bingai ini akan cakap elok kurangkan mandi demi kesihatan. Sampai bila nak jadi begini? Kalau kita tak mahu tukar juga pemerintah yang tak tau memerintah ni, sampai kiamat lah kita kena kelentong./wfauzdin.blogspot.com

SUK SGOR - TITAH SULTAN SATU TAMPARAN BUAT PEMIMPIN UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH MB Selangor mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan kontroversi perlantikan SUK Selangor, maka satu tamparan hebat malah memalukan beberapa pemimpin Umno yang selama ini dilihat `menjual' nama Tuanku. Peliknya, pada saat MB Selangor berangkat ke Istana pagi semalam, Datuk Khusrin `menerjah' masuk Pejabat SUK Selangor walaupun beliau sedar kehadirannya tidak dialu-alukan.

DYMM Sultan bertitah agar isu ini diserahkan kembali kepada MB Selangor untuk berbincang semula dengan SPA, diulangi SPA bukan pemimpin Umno. Berikut sedutan kenyataan akhbar yang dibuat oleh MB Selangor sejurus selepas mengadap Ke Bawah DYMM Sultan:

"Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik."

Kenyataan ini sekaligus menafikan bahawa Datuk Khusrin telah muktamad menjadi SUK Selangor. Adakah selepas ini jika beliau masih `menebalkan muka'nya berada di Pejabat SUK bererti beliau menderhaka kepada Sultan Selangor?

Kita menasihatkan agar KSN bertindak profesional selepas ini. Kita ingin memperingatkan beliau agar insaf selama mana beliau boleh `menongkat langit'. Semua kakitangan awam sekarang melihat sejauh mana KSN berani bertindak profesional serta telus sepertimana yang sering beliau laung-laungkan kepada kakitangan kerajaan. Beliau mesti menunjukkan contoh terlebih dahulu.

Kepada Datuk Khusrin, beliau sewajarnya sedar diri dan melakukan muhasabah agar beliau boleh dihormati. Tidak cukupkah lagi beliau dipandang serong serta sering dicaci oleh rakyat sebelum ini? Usahlah setiap hari mengetuk pintu Pejabat MB Selangor untuk bertanyakan bilakah tarikh mahu diadakan angkat sumpah. Mungkin rezeki anda tiada di situ. Masih ramai lagi yang lebih layak dan profesional serta lebih fasih berbahasa Inggeris untuk berganding dengan Kerajaan Negeri merakyatkan bumi Selangor.

Biarlah kita hidup di dunia ini dipandang mulia oleh masyarakat bukan sentiasa dihina dan dicaci sampai ke akhir hayat./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 4 Januari 2011

ROGOL PUNYA PASAL, DEN ADO PANTUN UNTUK ORANG JOLOBU

Oleh: WFAUZDIN NS

MUKADDIMAH, sedikit pantun untuk orang kampung den.

"Ke Jelobak Ke Jolobu,
Tuai Padi Tigo Tangkai,
Apo Malang Eh Nasib Si Tuo Jolobu,
Ado Amah Lari Kono Bantai"


Izinkan den bercakap loghat nogori kali ni yo. Den ado buek artikel isu Amah yang dikatokan kono balun kek seorang Mentori. Den tak tuduh sapo-sapo macam beberapo orang Umno dok tuduh Anwar liwat budak yang tak cuci punggung tigo hari tu, sebab den tahu tuduh orang zina, liwat atau rogol orang ni kalau tak do bukti berdoso bosa. Takut den.

Tapi cerito Amah yang dikatokan kono rogol oleh Mentori tu heboh walaupun tak seheboh cito Anwar. Pasal apo kek Utusan Meloyo takdo cito nih? Paham-paham yo lah kan, pasal Utusan Meloyo ni kono kontrol kek si Awang yang bangang tuh. Hari ni, dikatokan ado laporan Polis dah dibuek kek Jolobu. Kek seghomban pun ado dongar khabar eh. Den ado tulis kek sini.

Apo pun cito eh, den dongar yang ado peluang jadi Ketuo Umno Bahagian Jolobu adolah YB Yunus Rahmat. Dio sebelum ni ado lawan Rais Yatim sebagai Ketua Bahagian tapi kantoi. Yunus Rahmat ni orang kampung den. Baru-baru ini den ado jumpo dia kek kodai mamak kampong den siap bersalam plak.

Den agak tak lamo lagi dio lah jadi Ketuo Bahagian Umno Jolobu. Jangan tanyo den kenapo plak. Dan, jangan tanyo den ke mano Rais Yatim kalau dah Yunus Rahmat ambik tompek dio. Den tongah pikir ni, ado ko mano-mano jambatan yang nak dibakar oleh Rais lopeh ni, Jangan terbakar badan dah la, den nak posan yo./wfauzdin.blogspot.com

PERKAUMAN - AKHIRNYA KARAM SINGH WALIA DISIASAT

TV3 siasat Karam Singh Walia


KARAM SINGH WALIA


PETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.

Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam./Kosmo