JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 5 Januari 2011

SUK SGOR - TITAH SULTAN SATU TAMPARAN BUAT PEMIMPIN UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH MB Selangor mengadap Ke Bawah DYMM Sultan Selangor untuk memperjelaskan kontroversi perlantikan SUK Selangor, maka satu tamparan hebat malah memalukan beberapa pemimpin Umno yang selama ini dilihat `menjual' nama Tuanku. Peliknya, pada saat MB Selangor berangkat ke Istana pagi semalam, Datuk Khusrin `menerjah' masuk Pejabat SUK Selangor walaupun beliau sedar kehadirannya tidak dialu-alukan.

DYMM Sultan bertitah agar isu ini diserahkan kembali kepada MB Selangor untuk berbincang semula dengan SPA, diulangi SPA bukan pemimpin Umno. Berikut sedutan kenyataan akhbar yang dibuat oleh MB Selangor sejurus selepas mengadap Ke Bawah DYMM Sultan:

"Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik."

Kenyataan ini sekaligus menafikan bahawa Datuk Khusrin telah muktamad menjadi SUK Selangor. Adakah selepas ini jika beliau masih `menebalkan muka'nya berada di Pejabat SUK bererti beliau menderhaka kepada Sultan Selangor?

Kita menasihatkan agar KSN bertindak profesional selepas ini. Kita ingin memperingatkan beliau agar insaf selama mana beliau boleh `menongkat langit'. Semua kakitangan awam sekarang melihat sejauh mana KSN berani bertindak profesional serta telus sepertimana yang sering beliau laung-laungkan kepada kakitangan kerajaan. Beliau mesti menunjukkan contoh terlebih dahulu.

Kepada Datuk Khusrin, beliau sewajarnya sedar diri dan melakukan muhasabah agar beliau boleh dihormati. Tidak cukupkah lagi beliau dipandang serong serta sering dicaci oleh rakyat sebelum ini? Usahlah setiap hari mengetuk pintu Pejabat MB Selangor untuk bertanyakan bilakah tarikh mahu diadakan angkat sumpah. Mungkin rezeki anda tiada di situ. Masih ramai lagi yang lebih layak dan profesional serta lebih fasih berbahasa Inggeris untuk berganding dengan Kerajaan Negeri merakyatkan bumi Selangor.

Biarlah kita hidup di dunia ini dipandang mulia oleh masyarakat bukan sentiasa dihina dan dicaci sampai ke akhir hayat./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini