JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 19 Januari 2011

DEBAT ANWAR - NAJIB, AGAK-AGAK SIAPA YANG AKAN DEMAM?


Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sahih Najib kecut untuk berdebat dengan DS Anwar. Namun, untuk mengembalikan maruahnya yang telah jatuh, Najib mengalih perhatian kepada isu liwat DS Anwar pula. Beliau mahu DS Anwar selesaikan dulu masalah peribadinya sebelum berdebat dengan beliau. Itulah helah Najib bagi menunjukkan beliau seorang PM paling berani.

Di petik di dalam Malaysiakini, Najib menjawab cabaran DS Anwar seperti berikut;
"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini. "Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan “tidak” oleh para hadirin (Malaysiakini).

Kita cabar Najib untuk dedahkan segala maklumat yang beliau ada tentang DS Anwar, jika beliau berani. Dia jangan lupa, DS Anwar juga mempunyai banyak maklumat tentang beliau termasuk kes pembunuhan Altantuya dan rasuah kapal selam. Mungkin DS Anwar juga ada banyak maklumat tentang Big Mama Rosmah. Ayuh, dedahkan semuanya dan biar rakyat lihat siapa yang demam nanti. Beranikah Najib? Jawapannya, kerat jari kalau Najib berani.

Tentang maklumat yang kununnya Najib ada, kita tidak perlu tunggu beliau dedahkan di dalam debat bersama DS Anwar kerana `tobat lahom' (kata Mat Sabu) Najib tidak akan berani berdebat dengan DS Anwar. Najib boleh dedahkan apa yang beliau tahu tentang DS Anwar sekiranya Najib berani hadir ke mahkamah apabila disapina sebagai saksi nanti. Persoalannya, beranikah Najib hadir ke mahkamah? Adakah beliau spesis seperti Mahathir yang mahu soalan bocor terlebih dahulu sebagai syarat untuk hadir sebagai saksi?

Kesemua warga Felda yang menepuk tangan bila Najib berucap memang dijangka kerana bukankah Najib ada `hadiah' untuk warga Felda? Masakan bila dapat `hadiah' warga Felda tidak mahu tepuk tangan? Tetapi warga Felda bukan semua bodoh belaka. Muka Najib tidak akan muncul di Tenang kalau tiada pilihanraya kecil. Peruntukan tidak akan turun sertamerta jika tiada pilihanraya. Ini semua warga Felda ada yang terfikir, dan yang tidak berfikir itu cuma mereka yang sengaja mahu menjadi `hamba' kepada Umno/Bn sepanjang hidup.

Berbalik kepada debat. Kita pelik mengapa susah sangat Najib mahu berdebat dengan DS Anwar? Beliau sendiri kata beliau ada banyak maklumat kerana beliau sekarang adalah PM, jadi mengapa perlu takut? Ini menunjukkan beliau sedar segala maklumat yang beliau ada semuanya akan memakan dirinya. Beliau pun tentu ada maklumat tentang Saiful minta biasiswa daripadanya sedangkan Saiful gagal di dalam pembelajarannya. Dan, banyak lagi maklumat yang Najib tahu akan menelanjangkan beliau kembali jika debat diadakan. Masakan masih ada yang bodoh dengan muslihat Najib?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan