JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 5 Januari 2011

TOK GURU NIK AZIZ SAMBUT KHAIRUL FAHMI

Kepulangan wira negara diraikan

KOTA BHARU – Lebih 2,000 menyambut kepulangan wira negara iaitu penjaga gol utama skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang kembali ke kampung halaman beliau di Kota Bharu semalam.

Khairul Fahmi, 21, yang merupakan penjaga gol utama Kelantan musim lalu dijulang sebagai wira negara setelah membantu skuad kebangsaan muncul juara Kejohanan Piala AFF Suzuki buat pertama kali sejak ianya dipertandingkan 14 tahun lalu.

Sambutan perarakan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan diiringi konvoi bermotosikal itu bermula daripada jajahan Machang dan berakhir di Kampung Cherang dekat sini.

Majlis sambutan kepulangan wira negara itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan diadakan di restoran Rizal Nasi Kukus.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut meluangkan masa menghadiri majlis sambutan kepulangan wira negara itu. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood, Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dan ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.

Kepulangan Khairul Fahmi sememangnya dinanti-nantikan oleh ribuan peminat bola sepak Kelantan yang begitu teruja untuk melihat wajah anak watan negeri ini dengan lebih dekat setelah mengharumkan nama negara dalam pentas bola sepak negara di peringkat Asean.

Khairul Fahmi, anak keempat daripada lima adik beradik dan tinggal di Kampung Dusun Raja, memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang sebelum menyambung pendidikannya di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor Bahru dan mengakhiri pembelajaran di peringkat menengah dengan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 7 Januari 1989 dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 tidak lama lagi, Khairul Fahmi pernah beraksi bersama pasukan Liga Simpanan Selangor PKNS FC, Harimau Muda dan sebelum kembali menabur bakti bersama negeri kelahiran sendiri sejak dua tahun lalu.

Kemuncak kejayaan beliau ialah membantu pasukan Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun pada musim lalu selain turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Penjaga Gol Terbaik Kebangsaan 100 PLUS tahun lalu.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, dua anak kelahiran Kampung Cherang iaitu Shamirul Shamil Mazlan yang merupakan pemain bola sepak bawah 14 tahun kebangsaan dan Mohd Justify FullArifuddin Mohd Shukri, pelatih Akademi Bola Sepak Darul Naim turut menerima cenderahati daripada Nik Abdul Aziz./Sinar

1 ulasan: