JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 16 Januari 2011

Anwar: PAS Lebih Hebat Perjuang Melayu dan Islam Berbanding Umno

Ditulis oleh Radzi Razak
15/01/2011


KEMAMAN 15 JAN : PAS adalah parti yang lebih baik dalam membela nasib rakyat Melayu kerana UMNO hanya memperjuangkan kepentingan pemimpin tertentu serta kroni mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu mendedahkan UMNO terpaksa mengkitar semula retorik ketuanan Melayu untuk menarik sokongan pengundi Melayu bagi menangkis sokongan rakyat yang semakin mantap, khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

"PAS lebih konsisten dalam hal Melayu (berbanding UMNO) kerana bila PAS membicarakan hal ini, melibatkan kepentingan masyarakat Melayu dan juga kepentingan Islam di negara ini.Rakyat tidak harus terpedaya dengan dakyah baru (UMNO) ini.," dalam membawa isu ketuanan Melayu, kata Anwar dalam Pidato Khas selepas Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat! PAS ganti UMNO di Kampung Geliga Kecil di sini hari ini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumpulkan hampir 10 ribu rakyat dari seluruh pelusuk Terengganu dan negeri lain memberi sokongan dalam proses memulakan gelombang rakyat bagi menumpaskan UMNO BN dalam pilihan raya akan datang. Anwar berkata UMNO melalui media kawalannya sering bertindak menyebarkan dakyah kononnya kedudukan orang Melayu akan terjejas jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Beliau berkata taktik itu adalah cubaan terdesak sebuah parti untuk terus berpaut kepada kuasa walau dengan apa cara sekali pun. "Yang mahu kita tonjolkan ialah orang Melayu. Ramai daripada mereka miskin dan susah. Kita bukan untuk kayakan segelintir kroni.Tapi bila UMNO terdesak, mereka akan guna semula isu Melayu ini," kata Anwar.

Anwar mengingatkan rakyat Terengganu agar bersedia untuk melakukan perubahan setelah menilai kedudukan mereka di bawah pemerintahan UMNO. "Negara kita baik dari segi politiknya, rumit. UMNO tiada pilihan lain selain merujuk semula pada ketuanan Melayu."/TVnews

1 ulasan:

  1. AKU INGAT ALJUBURI INI ADA MASALAH PENDENGARAN KUT SEBAB SELALU FIKIR BONTOT JE, BILA MASA PAS(PARTI AJARAN SESAT) MEMPERJUANGKAN MELAYU SEBAB PUAK INI MEMPERJUANG ISLAM DAN TAK MENGAKU DAN TAK BANGGA DILAHIRKAN DLM KELOMPOK MELAYU.ITU YG JADI PADA KELATE YG MOJORITI PENDUDUKNYA MELAYU, HIDUP DALAM KESUSAHAN, AIR KOTOR DI MINUM SETIAP MASA, TIADA PEMBANGUNAN YG DIUSAHAKAN,NEGARI YG KOTOR DAN BANYAK ANAK NEGERI MENCARI REZEKI NEGERI LAIN.

    BalasPadam