JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 8 Januari 2011

ISU MISBUN - KETUA PENGARAH MSN PATUT LETAK JAWATAN

Oleh: Mandor

SEDIKIT aku nak sentuh isu perletakan jawatan Jurulatih Badminton Perseorangan Negara, Hj Misbun Sidek. Tokoh badminton ini semua kenal, beliau banyak membantu menaikkan imej badminton negara sejak dari beliau bermain mewakili negara hinggalah menjadi jurulatih badminton perseorangan negara.

Paling menonjol apabila Misbun berjaya melatih pemain perseorangan negara Lee Chong Wei sehingga kekal lama menjadi Pemain Nombor Satu Dunia. Secara tiba-tiba, baru-baru ini dikhabarkan beliau meletakkan jawatan sekaligus keluar dari BAM. Apabila isu ini hangat diperkatakan dan ramai yang tertanya-tanya mengapa terjadinya demikian, apa ulasan atau komen Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong?

Zolkiples dilaporkan berkata, biarlah dia berhenti kerana Misbun hanya melatih Lee Chong Wei seorang sahaja. Itukah komen paling bijak dari seorang Pengarah yang bertanggungjawab? Belum pun Menteri dan Presiden BAM menjawab isu ini, Zolkiplis mendahului dengan komen bernada sombong dan ego. Usahkan mahu menjernihkan keadaan, tetapi menyakitkan hati jurulatih bahkan pemain di bawah kendaliannya.

Benarkah Misbun hanya melatih Lee Chong Wei seorang sahaja? Di dalam wawancara di Stesen Astro, Ketua Jurulatih yang juga adik Misbun, Rashid Sidek menjelaskan bahawa Misbun bukan melatih Lee Chong Wei seorang sahaja tetapi terdapat lebih kurang 5 orang di bawah kendaliannya. Masakan sebagai Pengarah MSN beliau tidak tahu perkara ini?

Seandainya memang benar Misbun hanya melatih Lee Chong Wei seorang sahaja, adakah Misbun gagal di dalam tugasnya? Kita juga melihat perkembangan badminton, hanya Lee Chong Wei sahaja yang banyak menaikkan imej badminton negara. Pemain-pemain lain dilihat seperti pasang surut pencapaian mereka.

Isu perletakan jawatan Misbun ini akan cuba diselesaikan di antara YB Shabery Cheek, Presiden BAM dan juga Misbun sendiri. Kita mengharapkan agar penyelesaian dapat dilakukan segera sepertimana yang diimpikan oleh Lee Chong Wei. Seandainya gagal juga, tidak hairan lah jika Lee Chong Wei akan menggantung raket atau keluar dari BAM selepas ini.

Ketua Pengarah MSN sepatutnya memohon maaf kepada Misbun di atas komennya itu. Jika tidak, beliau wajar lepaskan jawatannya kerana tidak bijak menyelesaikan sesuatu masalah. /mandor.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan