JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 13 Januari 2011

PERTEMUAN DI ISTANA - NIK AZIZ TEGAS DENGAN PRINSIPNYA SELAMA INI

Nik Aziz minta Pakatan tidak khuatir

Jan 12, 11

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli PAS supaya tidak bimbang mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

azlanNik Aziz berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau memperkatakan perkara yang sama dengan apa yang sering dikatakannya sebelum ini.

"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, sikap saya sama saja sama ada bercakap di dalam atau di luar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Katanya tidak timbul soal beliau perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan pendirian parti itu berhubung perjumpaan itu.

Sebelum ini, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik dan pemergiannya adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz akan memberikan penjelasan mengenai isu pertemuan '24 Disember' kepada pemimpin Pakatan Rakyat dalam tempoh sehari dua lagi bagi mengelak spekulasi terus berlegar./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan