JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 25 Januari 2011

UMNO SELANGOR LEBIH AWAL TERKUBUR

USUL PINDAAN DI TOLAK PENANDA UMNO LEBIH AWAL TERKUBUR DI SELANGOR

Oleh: WFAUZDIN NS

RAKYAT Selangor serta seluruh rakyat di negara ini telah menjadi saksi bagaimana usul pindaan untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor khususnya ditolak oleh golongan hipokrit. Mereka mencari seribu alasan untuk menolak usul ini bukan mencari alasan positif untuk menyokongnya. Kini, baru kita semua sedar siapa sebenarnya Umno dan apa tujuan Umno selama ini menuduh Kerajaan PR Selangor sebagai penderhaka Sultan.

Syabas dan tahniah buat Kerajaan Negeri Selangor terutamanya kepada MB Selangor yang berusaha sedaya upaya untuk mendaulatkan kembali kuasa Sultan. Sekurang-kurangnya harapan saki baki mereka (jika ada) yang kepingin sangat untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno terkubur dengan peristiwa pagi semalam. Umno memperlihatkan bahawa parti ini tidak patut dijadikan teman sebantal walaupun atas alasan perpaduan Melayu atau Islam. Golongan yang membelakangkan institusi raja wajar dipinggirkan.

Apa pun, Kerajaan PR Selangor tidak berhenti setakat ini. Seperti yang diperkatakan oleh MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi Barisan Nasional (BN) untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana Kerajaan PR sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal. Katanya lagi, "Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (Kerajaan) Persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya (Malaysiakini)

Kita sedia maklum, Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang paling maju di negara ini dan begitulah juga pemikiran rakyat di negeri ini. Mungkin di sesetengah tempat terutamanya di kawasan Felda, mereka masih kabur dengan agenda Kerajaan PR kerana mereka masih dikongkong. Seandainya kongkongan terhadap mereka boleh diatasi oleh Kerajaan PR Selangor, nescaya harapan Umno untuk bertapak di negeri ini menjadi seperti harapan Umno di Kelantan. Jika Kelantan sebuah negeri yang jauh kebelakang jika dibandingkan dengan Selangor dari segi kekayaan dan kemajuan masih mampu bertahan selama lebih 20 tahun, apakah Selangor tidak boleh mencapai setahap itu?

InsyaAllah, berkat usaha gigih PR di Selangor serta kebijaksanaan MB Selangor, negeri terkaya ini tetap menjadi aset penting buat PR selepas Kelantan. Jika kita berusaha gigih tanpa menghiraukan perbezaan pendapat sesama kita yang remeh temeh, nescaya Umno bakal terkubur lebih cepat dari tarikh Pilihanraya Umum ke 13./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan