JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 9 Januari 2011

LAPOR SPRM - UMNO SAMA UMNO BERTELAGAH ?

Muhayat Jasmin

ALOR SETAR, 8 Jan: Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah atas dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pengurusan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC Kedah dibidas oleh Naib Ketua Umno Padang Terap, Datuk Syed Sobri Syed Hashim.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang berkata, sumber rujukan berpandukan penulisan blog bersifat peribadi yang dijadikan sandaran oleh Badrul dalam membuat laporan kepada SPRM amat bahaya kerana ia tiada mempunyai kekuatan serta boleh menyusahkan Umno.

"Sepatutnya beliau perlu membuat kajian dan penelitian mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan berhubung kelemahan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kesahihan bersandarkan kepada bukti yang kuat adalah satu keperluan. Mintalah pandangan pemimpin yang lebih berpengalaman sebelum bertindak," tegasnya.

Malah tindakan Badrul itu disifatkan oleh Syed Sobri dengan sebagai satu tindakan yang boleh mencalarkan imej Umno sendiri apabila rancangan tersebut tidak membawa kesan yang baik kepada parti yang dinaungi.

Sebelum ini Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya turut membidas Badrul kerana menggunakan tulisan diblog sebagai rujukan untuk membuat laporan kepada SPRM.

Badrul yang juga Ketua Pemuda BN Kedah sebelum ini juga bertindak bersama-sama penyokong beliau mengadakan bantahan dengan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan SPRM Kedah mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar (MB).

Namun begitu tindakan mereka ini dilihat pemerhati sebagai satu usaha politik bagi mendapati publisiti menjelang pilihan raya umum yang akan datang./Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan