JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 5 Januari 2011

KARAM SINGH WALIA BERCAKAP KURANG AJAR

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini kecoh pasal seorang Wartawan TV yang suka berpantun, Karam Singh Walia dikatakan menghina kaum Melayu ketika beliau mabuk. Isu tersebut membawa kepada tindakan Stesyen TV Swasta di tempatnya bertugas memanggilnya untuk disiasat.

Semalam akhbar Kosmo melaporkan, Karam Singh menafikan beliau mabuk serta menghina kaum Melayu. Apa yang berlaku, beliau cuma menegur sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal berhadapan sebuah restoren. "Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya.

Jika begitulah apa yang dituturkan oleh Karam Singh yang hebat berpantun itu, kalau saya berada di situ pun akan turut merasa marah kepadanya. Apakah beliau tidak mempunyai sedikitpun budi bahasa untuk menegur seseorang? Sebagai seorang wartawan terkenal yang sering dapat trophi, adakah beliau sudah merasa begitu sombong? Di mana kehebatan seni pantunnya? Menggelar orang lain dengan perkataan `bodoh' atau `tidak pakai otak' bukan budaya yang patut diberi contoh oleh Wartawan TV seperti beliau.

Sepatutnya beliau sebagai orang yang ada nama, bekerja dengan Stesen TV, beliau seharusnya menunjukkan contoh budi bahasa yang baik. Beliau masih bernasib baik kerana tidak di apa-apakan oleh sekumpulan remaja tersebut. Ini satu pengajaran buat beliau./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. kalau aku bukan nak maki,aku terajang terus.mat rempit chegu dia umno putra,samsing jalanan.
    heloo tandee(india kata tandee,melayu kata mandoor)bila hang dengan wan nak joint umno putra.elok karam maki dulu,kalau tak maki depa ni tentu nak masuk restoran tu untuk tonggang ayak yang karam tunggang tu.kira karam ni penyelamat lah...kah kah kah

    BalasPadam