JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 22 Januari 2011

LAGI SOKONGAN KEPADA SULTAN DAN MB SELANGOR

Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB
Jan 21, 11

Lebih 100 orang hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.

NONESambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka berarak ke Istana Alam Shah di Klang kira-kira empat kilometer dari masjid itu.

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum taat setia kepada Sultan dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor.

Namun begitu, ketika cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.

NONEAkibatnya berlaku tolak-menolak.

Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan sepuluh wakil kumpulan itu ke istana.

Memorandum itu antaranya menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.

Turut hadirketua-ketua kampung daripada beberapa kawasan di Klang.

Nafi berkumpul, tapi berarak

Antara mereka yang dibenarkan terus masuk ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Manakala ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hanya menunggu di pagar istana.

Sementara itu, ditemui wartawan selepas penyerahan memorandum, Shamsul Iskandar berkata, tidak wajar anggota polis menghalang rakyat daripada berarak ke istana.

"Kenapa kita tidak dibenarkan berarak sedangkan kumpulan satu lagi dibenarkan siap dapat liputan meluas daripada pihak media," katanya merujuk perhimpunan anjuran NGO antikerajaan negeri Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sebelum ini.

NONE

Sambil mendakwa perkara itu pilih kasih, Shamsul Iskandar mempertikaikan tindakan polis 'menghalang' perhimpunan itu yang "diadakan secara aman".

Ditanya mengenai permit berhimpun, Shamsul Iskandar berkata perkara itu tidak dilakukan kerana mereka "bukan berkumpul", tapi berarak.

"Kita berarak bukan berkumpul, buat apa kita nak mohon permit daripada Polis, malah, kita percaya GAPS pun tak mohon permit polis untuk berarak serah memorandum tempoh hari," katanya.

kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian tanpa tangkapan dan insiden tidak diingini.

Pada 12 Januari lalu, perhimpunan yang sama diadakan di Shah Alam melibatkan 400 orang, susulan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) yang didakawa membelakangi menteri besar./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. depa ini terlupa NIZAR DERHAKA dan PUAK YG BERBARING BAGI MENAHAN KENDERAAN RASMI RAJA MUDA PERAK......ITULAH MANUSIA DAH LUPA SEJARAH TAPI KAMI TETAP MENGINGATI PERISTIWA BERSEJARAH ITU.......DLM SEJARAH MELAYU DERHAKA SULTAN itulah puak Parti Ajaran Sesat yg bersekongkol dgn dlm Parti Reput

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini