JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 5 Januari 2011

PKR AKAN ADAKAN ROADSHOW BUKU JINGGA

Biro Penerangan KEADILAN Akan Adakan Roadshow Jelaskan Buku Jingga Program 100 Hari Pakatan Rakyat
Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_4537PETALING JAYA 4 Jan - Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengedarkan Buku Jingga yang mengandungi 10 dasar teras dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam pelbagai bahasa ke seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia secara terperinci polisi dan pelaksanaan dasar yang digariskan apabila tertubuhnya Kerajaan Persekutuan baru selepas Pilihan Raya umum ke-13 kelak.

Ketua Penerangan KEADILAN yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty berkata biro juga akan memperhebat serta melipat gandakan usaha penyebaran maklumat kepada rakyat serta anggota parti bagi menyanggah segala propaganda media milik dan kawalan Umno-Barisan Nasional.

Kata Dr Muhammad Nur beliau bersama Pengarah Biro Komunikasi yang diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah diamanatkan oleh Majlis Pimpinan Pusat untuk mengembeleng usaha bagi mematah serangan dan fitnah media Umno-BN.

Beliau berkata selain Bahasa Malayisa dan Bahasa Inggeris, Buku Jingga akan diterjemah dalam Bahasa Cina, Tamil dan bahasa etnik sabah dan Sarawak disamping satu roadshow akan diadakan bermula Februari depan bagi menjelaskan isi kandungan Buku Jingga yang dilihat telah mengentarkan pimpinan Umno-BN.

Sehubungan itu kedua-dua biro akan mengadakan sidang media mingguan di ibu pejabat parti setiap hari Selasa pada pukul 11.00 pagi serta bercadang mengadakan pertemuan dengan semua organisasi media dalam masa terdekat untuk merapatkan lagi hubungan dan persefahaman.


IMG_4534"Saya menerima amanat dari Majlis Pimpinan Pusat untuk menerangakan dasar perjuangan parti kepada rakyat dan warga parti . Ini merupakan kesinambungan kepada dasar pada masa lalu tapi dengan azam bekerja dalam satu pasukan bagi memperkasakan parti dan menyampaikan maklumat yang benar, cepat dan tepat ketika serangan bertubi-tubi oleh Umno-BN k atas KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Biro Penerangan akan menjelaskan segala dasar parti dengan lebih proaktif dan produktif dari segi aktiviti serta pastikan objektif umum dan khusus dicapai," kata Dr Muhammad Nur dalam sidang media pertamanya selaku Ketua Penerangan di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana pagi tadi.

Beliau menegaskan Biro Penerangan dan Biro Komunikasi akan berperanan menjadi suara yang menyalurkan maklumat mengenai dasar alternatif Pakatan Rakyat disamping mendedahkan kelemahan dasar BN.

Sementara itu Nik Nazmi yang turut hadir pada sifdang media itu berkata Biro Komunikasi telah diarahkan oleh pasrti untuk memaksimakan penggunaan IT (teknologi maklumat) serta menjadikan dasar agar penerangan berkaitan isu-isu semasa dapat disalurkan kepada rakytat dalam tempoh 24 jam.IMG_4535


"Kita akan memulakan gerak kerja ke arah matlamat yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti semasa kempen pilihan raya kecil Tenang nanti," kata Nik Nazmi.

Dr Muhammad Nur juga mengumumkan pelantikan tiga Timbalan Ketua Penerangan yang terdiri daripada ADUN Pantai Jereka Sim Tze Tsin, ADUN Bukit Melawati Ir Muthiah Maria Pillay serta bekas Pengerusi Jawatankuasa Disiplin KEADILAN Datin Animah Ferrar.

Selain itu Ahli Jawatankuasa Induk Biro Penerangan KEADILAN pula dianggotai oleh Ibnu Abu Bakar sebagai Setiausaha, CC Lee selaku Bendahari, Datuk Idris Jauzi, Dr Mahendran V Markandoo dan Chua Yee Lin masing-masing sebagai Ketua Isu Semasa, Ketua Psywar Kamarul Bahrin Zahid, Ketua Penerbitan Dzulkarnain Taib, Mohd Yahya Mat Sahri, Ketua Pengacaraan dan Sharipuddin Muis sebagai Pegawai Eksekutif./SK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan