AKHIRNYA `Projek Langgar Hadi' tidak berhasil. Sememangnya Allah memuliakan darjat seorang Ulamak dari PAS ini dari terus diperhina dan diperlekehkan sesuka hati. Aduka Taruna telah mendapat pengajaran dari hasil usahanya itu, pengajaran juga buat mereka yang bertindak di luas batas Islam yang didakwa membelasah pemuda yang tidak tahu beradab ini.
Ada yang beranggapan tragedi yang menimpa Aduka Taruna ini akan menjejaskan nama baik Presiden PAS itu. Jawapannya samasekali tidak, bahkan Tuan Guru Presiden tetap dipandang mulia kerana telah dibuktikan sendiri oleh Aduka Taruna di dalam blognya bahawa tiada arahan dari Tuan Guru Hj Hadi kepada pengikutnya agar si Aduka Taruna dibelasah.
Petikan dari Blog Aduka Taruna mengesahkan bahawa kejadian membelasah beliau tidak berlaku di depan mata Tuan Guru Presiden. " Ketika inilah muncul Lelaki 1 dan merentap baju gua. Seingat gua, dia memarahi gua. Dan menggugut untuk mencederakan gua. Gua menjelaskan tujuan gua datang, untuk bertanya soalan.
Dalam keadaan videocam masih ON. Lelaki 1 minta rampas handphone gua. Dan muncul Lelaki 2 (budak kurus berkopiah) merampas handphone gua dengan bantuan Lelaki 1 dan beberapa lelaki yang gua tak sure berapa jumlahnya. Semua kejadian ini berlaku di hadapan THGA; dalam dan di hadapan rumah TGHA; malah seingat gua, gua dan lelaki 1 berada di atas simen rumah TGHA. Dianggarkan 50 lelaki berada di situ.
Mungkin isyarat TGHA (tafsiran gua), gua kemudiannya ditarik oleh beberapa lelaki, dibawa ke hadapan Masjid Rusila, kira2 semeter dari sempadan meletak selipar. Gua dikerumuni oleh lebih 100 orang. Mereka berkata inilah AdukaTaruna. Salah seorang dari mereka mengambil gambar gua, gua sempat buat aksi 'peace'. Mereka memaki, mengugut dan mencadangkan gua dicederakan." (Aduka Taruna)
Selepas daripada itulah Aduka `dibelasah' di perkarangan Masjid Rusila. Sebenarnya mahu disebut belasah teruk sangat. Ini bererti apa yang terjadi ke atas Aduka bukan berlaku di depan Tuan Guru Hj Hadi. Namun demikian, tindakan memukul Aduka oleh beberapa orang itu tidak dipersetujui walaupun mungkin ada yang beranggapan tepat untuk `mengajar' orang yang tidak reti bahasa.Ada yang beranggapan tragedi yang menimpa Aduka Taruna ini akan menjejaskan nama baik Presiden PAS itu. Jawapannya samasekali tidak, bahkan Tuan Guru Presiden tetap dipandang mulia kerana telah dibuktikan sendiri oleh Aduka Taruna di dalam blognya bahawa tiada arahan dari Tuan Guru Hj Hadi kepada pengikutnya agar si Aduka Taruna dibelasah.
Petikan dari Blog Aduka Taruna mengesahkan bahawa kejadian membelasah beliau tidak berlaku di depan mata Tuan Guru Presiden. " Ketika inilah muncul Lelaki 1 dan merentap baju gua. Seingat gua, dia memarahi gua. Dan menggugut untuk mencederakan gua. Gua menjelaskan tujuan gua datang, untuk bertanya soalan.
Dalam keadaan videocam masih ON. Lelaki 1 minta rampas handphone gua. Dan muncul Lelaki 2 (budak kurus berkopiah) merampas handphone gua dengan bantuan Lelaki 1 dan beberapa lelaki yang gua tak sure berapa jumlahnya. Semua kejadian ini berlaku di hadapan THGA; dalam dan di hadapan rumah TGHA; malah seingat gua, gua dan lelaki 1 berada di atas simen rumah TGHA. Dianggarkan 50 lelaki berada di situ.
Mungkin isyarat TGHA (tafsiran gua), gua kemudiannya ditarik oleh beberapa lelaki, dibawa ke hadapan Masjid Rusila, kira2 semeter dari sempadan meletak selipar. Gua dikerumuni oleh lebih 100 orang. Mereka berkata inilah AdukaTaruna. Salah seorang dari mereka mengambil gambar gua, gua sempat buat aksi 'peace'. Mereka memaki, mengugut dan mencadangkan gua dicederakan." (Aduka Taruna)
Apa yang penting adalah kejadian malang menimpa Aduka ini sedikit pun tidak menjatuhkan imej Tuan Guru Presiden. Presiden PAS boleh ditegur dan dikiritik tetapi beliau juga mempunyai maruah untuk tidak diperhinakan secara tidak beradab. Jika pemimpin bukan Islam seperti Karpal Singh dari DAP itu boleh beradab dengan Tuan Guru Presiden, malu kita sebagai Melayu berugama Islam boleh berbuat sesuka hati bila berdepan dengan Tuan Guru Presiden./mandor.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan