Rakyat sudah pandai menilai: Anwar
REMBAU – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkannya tidak akan berhasil.
Beliau berkata, ini kerana perkara sedemikian sudah berlanjutan sejak sekian lama, bagaimanapun ia berjaya ditepis kerana sikap masyarakat kini yang sudah pandai menilai.
:“UMNO melalui pemimpinnya sudah beberapa kali mencuba untuk menjatuhkan saya dan perkara ini sudah berlanjutan sehingga 11 tahun. Saya sudah biasa dengan percubaan yang dilakukan UMNO, namun tidak sesekali akan berundur, sebaliknya terus memperjuangkan hak rakyat.
“Tindakan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) Muhyiddin yang satu ketika dahulu merupakan rakan seperjuangan menghebahkan isu pengkhianat membuktikan mereka sudah tidak berdaya untuk meraih sokongan rakyat, sehinggakan sengaja menghebahkan isu saya sebagai pengkhianat yang seakan tidak jelas tanpa bukti kukuh,” katanya.
:Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis Ceramah Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-52 yang berlangsung di Kampung Selemak, di sini, malam semalam.
Hadir sama, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.
Selain itu menurutnya, BN dan UMNO sengaja menggunakan media massa aliran utama sebagai alat untuk menjatuhkannya dan PR melalui penyebaran pelbagai fitnah bagi mengaburi mata rakyat.
Bagaimanapun katanya, perbuatan sedemikian tidak berjaya kerana masyarakat sudah celik dengan isu semasa.
Katanya, PR tidak akan sesekali berundur dan mendakwa terus memperjuangkan segala isu yang kian dicemari laporan tidak benar segelintir media massa aliran utama yang dikuasai kerajaan serta berharap seluruh rakyat menyedari hakikat sebenar.
“Mereka (BN-UMNO) mempunyai media massa tersendiri untuk digunakan bagi kepentingan mereka. Namun, mereka harus sedar bahawa masyarakat masa kini sudah celik serta mengetahui tindakan yang sudah dilakukan kepada rakyat yang tidak berdosa.
“Saya menyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama dengan menguatkan PR sekali gus menguasai keseluruhan Pilihan Raya Umum 2013 demi mewujudkan kerajaan rakyat mentadbir negara. Kami tidak akan berundur dan terus akan berjuang sampai bila-bila,” katanya.
Program dihadiri lebih 2,000 penyokong PR itu dianjurkan bagi menerangkan mengenai pelbagai isu semasa, di samping bersama menyambut Bulan Kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang.
Pada majlis sama, turut diadakan sambutan hari lahir Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang disambut PR negeri dan Bahagian Rembau./SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan