JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 14 Ogos 2009

MUHYIDIN PENGKHIANAT SEBENAR - NIZAR

Pengkhianat sebenar adalah Muhyidin?
Ali Hashim
Fri | Aug 14, 09 | 7:56:44 am MYT
ImagePERMATANG PAUH, 14 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyelar pemimpin Umno yang menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat kerana pengkhianat sebenar adalah Umno dan Muhyidin Yassin adalah salah seorang darinya.

Ini kerana beliau dan Umnolah yang diberikan mandat untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara selama ini.

Nizar tidak menyebut secara jelas tetapi dipercayai kerana peranan Muhyidin dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura serta kedudukan orang Melayu di Johor.

"Umno dan Barisan Nasional adalah parti yang telah mengkhianati orang Melayu dan Umat Islam dalam negara ini. Mereka telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini.

"Sebagai pendokong amanah mereka sepatutnya adil tanpa mengkhianati dalam apa jua aspek. Tapi kita lihat bagaimana sikap dan tindakan mereka apabila adanya bantahan dan rakyat tidak menyokong kepimpinan mereka maka amanah yang sepatutnya mereka laksanakan itu mereka kesampingkan walaupun yang mengharapkan sokongan daripada mereka itu adalah orang Melayu dan umat Islam sendiri."

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin memulakan serangan ke atas Anwar dan menyifatkan beliau pengkhianat. Ia dibuat menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir, Dun yang terletak dalam kawasan Parlimen Anwar iaitu Permatang Pauh.

Ia juga dibuat serentak dengan serangan berterusan terhadap Pakatan Rakyat khasnya dalam usaha yang dilihat sebagai mahu memecahkan hubungan antara parti-parti itu.

Ini kerana, Pakataan dilihat sebagai cabaran utama kepada BN dan Anwar adalah pemimpin utamanya.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata Umno dan Barisan Nasional perlu sedar bahawa rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi untuk terus mentadbir negara ini.

"Sehubungan dengan itu sekali lagi dalam pilihan raya kecil yang kelapan dalam negara yang akan diadakan selepas Penanti baru-baru ini, Umno dan Barisan Nasional harus diberi pengajaran dan kesedaran kepada mereka di kerusi Permatang Pasir pula bahawa rakyat sudah tidak memerlukan mereka untuk meneruskan perjuangan sebagai pemerintah dalam negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah dalam majlis 'Sepetang Bersama Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak' anjuran Dewan Muslimat kawasan Permatang Pauh. _/Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan