PAS tetap setia berjuang dengan DAP, tidak akan tinggalkan Pakatan
12 Aug 2009 12:23PMNaib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.
''Apa sahaja isu dan masalah yang timbul walaupun membabitkan prinsip kami tidak dihormati, kami tetap bersama pakatan pembangkang.
''Kami akan duduk berbincang dan menyelesaikan segala konflik yang melanda dengan bijak,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini, yang mencabar Pas keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan dibawa Pas selama ini.
Khairy turut berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.
Menurut Khairy, ia juga terbukti apabila satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri. / Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan