JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 3 Ogos 2009

EZAM CALON UMNO DI PERMATANG PAUH ATAU MINAH RONGGENG?



Oleh: Mandor.blogspot.com

PERMATANG Pasir kini sudah diratakan tanahnya untuk menyiapkan `pusara' Umno untuk kali yang ke berapa aku dah tak larat nak kira. Yang aku tahu `tanah kubur' masih merah lagi kat Manek Urai. Di situ terpacaknya `nisan' Umno. Kini, Permatang Pasir pulak. Seperti biasa, Umno tetap berkata `Kita yakin menang kerana rakyat sudah sedar '. Kalimah itulah sebenarnya yang menguburkan Umno di Kuala Terengganu dan Manek Urai.

Tidak seperti sebelumnya, kita tak dapat lihat lagi mana-mana pemimpin Umno di P.Pinang terutamanya di Permatang Pauh berebut nak jadi calon. Jika di Penanti, Umno hanya menjadi tukang sorak di luar gelanggang, di bumi P.Pinang ini juga kali ini adakah Umno masih berminat untuk jadi tukang sorak lagi? Yang pasti, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh sudah menyatakan kurang seleranya beliau untuk tawarkan diri menjadi calon. Tidak seperti semasa PRK Parlimen Permatang Pauh dulu. Kenapa kali ini agak tawar semua pemimpin Umno untuk menjadi calon? Mungkin sudah merasa betapa azabnya berdepan dengan PR?

Sekiranya Umno memikirkan azabnya untuk berdepan dengan PR, kita cadangkan apa kata kalau Umno pujuk agar `Minah Ronggeng' bekas calon PRK Penanti baru-baru ini untuk bertanding semula? Tentu kali ini ada cerita baru dari `Minah Ronggeng' untuk kita perdengarkan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir pula seperti cerita CD umpan rasuah dan jawatan TKM P.Pinang yang hangat sewaktu di dalam PRK Penanti yang lalu.

Oleh kerana baru-baru ini setelah Umno terkangkang di Manek Urai tetapi masih menganggap sokongan orang-orang Melayu masih kuat kepada Umno, kita yakin Umno akan masuk bertanding. Soalnya siapa calon Umno nanti? Yang pasti bukan peraih ikan. Agak lojik juga jika kita cadangkan agar `raja sesumpah' Ezam bertanding di sana. Bukankah Ezam terlalu kepingin bertandang di bumi Permatang Pauh? Lagi pun masa bila Umno nak bayar jasa-jasa Ezam ini? Begitu banyak telah Ezam korbankan untuk Umno melebihi banyaknya `kotak-kotak' yang selalu dipikul oleh Ezam tu. Amat wajar Ezam bertanding dan rakyat di Permatang Pauh pun sudah lama tidak mendengar raja sesumpah ini bersumpah. Di antara raja sesumpah `Pak Tonggeng' dengan `Minah Ronggeng' ini, aku rasa dua-dua sesuai untuk mewakili Umno./Kembali ke Laman Asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan