JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 28 Ogos 2009

SIAPA MAIN ISU PERKAUMAN INI?

Samy Vellu kecam arak kepala lembu
Ogos 28, 09 4:46pm
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia menjadi hak rakyat pelbagai agama, termasuk penganut Hindu untuk membina kuil dan tempat-tempat ibadat.

"Saya amat sedih kerana kumpulan ini telah mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada sesiapa pun yang harus dibenarkan untuk mencabar atau mempersendakan sebarang agama di negara ini.

Beliau bimbang tindakan tersebut boleh mengundang tindak balas dari masyarakat Hindu.

"Bagaimanapun, saya menggesa penganut Hindu khususnya supaya bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan," tambahnya.

Samy Vellu berkata, MIC mahu kerajaan dan pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur protes tersebut.

Katanya, mereka mesti dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerana membahayakan keharmonian kaum di negara ini./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum.
    Apabila penduduknya berbilang kaum, maka
    bermacam2 ugama yg mereka anuti diatas keper-
    cayaan masing2. Ugama islam adalah ugama rasmi
    negara Malaysia. Majoriti penduduknya adalah
    org melayu berugama islam. Islam diajarkan
    pd umatnya untok menghormati ugama lain. "Bagi
    kamu ugama kamu dan bagiku ugamaku". Jadi demonstrasi dan menghina ugama lain adalah
    salah dan bukan caranya utk mencari penyesaian.
    Sensitiviti ugama yg dianuti kaum lain pun harus dijaga sebagaimana yg dinyatakan didalam
    perlembagaan Malaysia, bahawa kita bebas berugama. Jangan jadi nanti, kaum lain pulak
    akan menghina islam. Cara terbaik buatlah
    perundingan dgn menghantarkan wakil penduduk
    seksyen 23 Shah Alam bertemu dgn MB Selangor.

    BalasPadam