JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 1 Februari 2011

PRU KE 13 - HARAP PAS KEKALKAN PUAN NORMALA

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN tewas di dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang diumumkan malam tadi, calon PAS Puan Normala Sudirman boleh kita anggap sebagai `pemenang sebenar' pertandingan menentang seluruh jentera kerajaan.

Wanita gigih ini berjaya menggagalkan cita-cita TPM Muhyiddin yang mengimpikan majoriti sekurang-kurangnya 5000 di mana PAS tewas hanya majoriti 3, 707 sahaja. Muhyiddin mensasarkan majoriti sebanyak itu kerana beliau yakin dengan kekuatan seluruh jentera kerajaan yang ditunggangnya amat mudah untuk menghadapi hanya seorang wanita. Ternyata, Puan Normala telah memberikan satu tamparan hebat dan memalukan TPM.

Saya berharap agar di dalam PRU Ke 13 nanti, kerusi Dun Tenang ini ditandingi semula oleh Puan Normala. Beliau seorang yang berkebolehan dan ketenangan serta kecekalannya amat menguntungkan PAS memiliki wanita ini. Berhadapan dengan seribu fitnah termasuk ke atas suaminya, Puan Normala tetap mampu tersenyum sebilang masa. Beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Selepas ini, apakah nasib yang bakal menimpa ke atas suaminya yang dikatakan akan berhadapan dengan tindakan tatatertib kerana kununnya menyalahgunakan cuti sakit untuk menemani kempen membantu isterinya. Saya berharap PAS akan sedia membantu dari segala segi termasuk bantuan guaman sekiranya suami Puan Normala dikenakan tindakan.

Sekali lagi, tahniah kepada Puan Normala yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan kefahaman Islam kepada kaum Cina di Tenang. Undi kaum Cina di Tenang dikatakan mencapai 70 % menyokong PAS. Biarkan lah Melayu di felda dengan `ketuanan Melayunya' dan kita lihat sejauh mana `ketuanan Melayu' yang disanjung oleh mereka itu boleh memberi kesenangan kepada mereka.

Pernahkah kita terfikir Melayu menolak perjuangan Islam, dan kaum Cina menyokong perjuangan Islam? Itulah kerja Allah yang manusia tidak boleh fikirkan. Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, Islam itu bukan kepunyaan Melayu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. MALA LAKI 2 ORANG PATUT DIKEKALKAN DAN MC KEMURUNGAN AKAN JADI 2 BULAN LAK.

    BalasPadam
  2. aku memang pencinta wanita,darjat dan kedudokkan wanita tidak pernah islam nafikan.muslimah islam tanpa mengira bangsa atau pun darjat bangunlah mewarnai prasana politik dengan pemerintahan islam.islam itu majmuk,islam itu ukhuwwah,islam itu aman damai,islam itu indah.

    BalasPadam