JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 12 Februari 2011

TUGAS PENDAKWAH BUKAN MENGHINA UGAMA LAIN

Oleh: WFAUZDIN NS

ISLAM adalah satu-satunya agama yang diperakui oleh Allah SWT. Walaupun menjadi kewajipan kepada kita untuk menerangkan kebenaran Islam ini namun Islam tidak membenarkan kita menghina ugama lain kerana dibimbangi penganut ugama lain akan membalasnya dengan menghina ugama kita yang suci ini.

Diberitakan, Ustazah Nor Bahyah Mahmood di dalam satu program TV telah mengeluarkan pendapat yang menghiris hati penganut ugama Kristian. Baca di sini. Saya juga tidak bersetuju bahawa amalan Kristian yang sebenar adalah menjurus kepada apa yang diperkatakan oleh Ustazah Nor Bahyah.

Berita tersebut menyebut, "Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat. Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

NONE

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian.

"Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini. Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti." (Malaysiakini).

Jika benar Ustazah Nor Bahyah menyebut sedemikian, maka memang wajar kumpulan ini merasa kecil hati dan tersinggung. Bayangkan jika puak Kristian juga menuduh agama kita sedemikian hanya kerana ramai di antara umat Islam yang suka melakukan maksiat dan berpoya-poya. Tentunya kita juga akan merasa sakit hati.

Ustazah Nor Bahyah sewajarnya mengkaji ugama Kristian itu terlebih dahulu sebelum mengaitkannya dengan berbagai cerita seperti itu. Jangan nanti penganut-penganut ugama lain mengecop pendakwah Islam suka mencipta cerita salah. Lebih baik kita terangkan kebenaran Islam berbanding ugama lain secara fakta dengan hujah yang tajam. Itu lebih baik untuk menarik minat mereka mendekati Islam./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini