JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 22 Februari 2011

'Rogol amah': Blogger mohon masa fail pembelaan

Feb 22, 11

Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat memohon supaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikannya masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Ia berikutan permohonan defendan itu yang dikemukakan pada prosiding 17 Februari lalu maka permohonan injunksi inter-parte (kedua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof telah ditangguhkan.

rais yatim pc 020709 01Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin mengeluarkan artikel yang memfitnah beliau dari blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah turut membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi kedua pihak didengar.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada hari ini.

Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan