JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 9 Mac 2010

368 Ketua Kampung Terima Watikah Daripada Menteri Besar Selangor

Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

SHAH ALAM 8 MAC: Seramai 368 ketua kampung dari seluruh daearah di Selangor hari ini menerima surat kuasa atau watikah selepas menjalani enam bulan tempoh penilaian bermula Oktober tahun lepas.

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) adalah jentera pentadbiran yang berperanan penting kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian di depan lebih 4,000 orang yang menghadiri pada Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung Negeri Selangor di Stadium Malawati petang tadi.

Malah, kerajaan Selangor juga tidak mengamalkan anasir partisan apabila turut memberi watikah kepada sebahagian ketua kampung lantikan Barisan Nasional melalui Jawatankuasa Keselamatan, Kemajuan dan Kampung Persekutuan (JKKKP).

“Ini untuk mereka mengetuai jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung untuk mereka menolong Pejabat Daerah dan Penghulu untuk memberikan tugas-tugas dan mereka mempunyai tanggungjawap kepada masyarakat di kampung di samping memberi maklumat kepada Pejabat Daerah terutama berhubung isu-isu mengenai tanah dan juga di bawah pentadbiran penghulu yang jaga mukim-mukim,” katanya.

Beliau berkata, perlantikan itu menunjukkan mereka adalah ejen kerajaan negeri bagi memudahkan penyampaian maklumat dan membantu melaksanakan program serta projek pembangunan di peringkat akar umbi.

Sementara itu, bagi Ketua Kampung Sesapan Batu, Waris Ahmad melahirkan rasa syukur kerana dengan penerimaan watikah ini memudahkan beliau menjalankan tanggungjawap secara lebih profesional.

“Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor kerana akhirnya kami semua sudah menerima watikah ini dalam masa yang ditetapkan dan kami berjanji akan bersama-sama menjadi ejen kerajaan negeri yang telus dan bertanggungjawap sekali gus melicinkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan