JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 10 Mac 2010

PKR SABAH SOKONG PECAT YB ZUL, CABAR UMNO BUKTIKAN AHLI PKR YANG KELUAR PARTI

KETUA KETUA PKR CABAR AHLI AHLI PARLIMEN “KATAK” LETAK JAWATAN

Oleh Halik Zaman

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah hari ini telah mengadakan mesyuarat MPN bulanannya bertempat di Pejabat PKR Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Mesyuarat di hadiri oleh 24 Ketua-Ketua Cabang dan ahli-ahli MPN negeri Sabah.

Dalam mesyuarat ini 24 Ketua-Ketua Cabang telah membuat satu resolusi dan mengutuk tiga orang Ahli Parlimen PKR yang keluar dari PKR baru-baru ini. Jawatankuasa Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah juga telah mendesak dan mencabar ketiga-tiga Ahli Parlimen tersebut mengosongkan kerusi masing-masing sekiranya mereka benar-benar berpengaruh untuk memberikan laluan kepada pilihanraya kecil ditempat masing masing. Di pilihanraya itu nantilah akan menjadi tanda ‘aras keberkesanan’ pengaruh mereka terhadap pengundi-pengundi di kawasan masing – masing.

Ketua Ketua Cabang PKR seluruh Sabah membuat cabaran terbuka bahawa mereka ‘Ahli Ahli Parlimen’ yang keluar dari ahli PKR itu dan menang dikawasan Parlimen masing masing atas tiket PKR kah atau mereka menang sebagai seorang yang berwibawa? Mereka keluar dari PKR mereka mestilah pulangkan kerusi Parlimen itu kepada rakyat untuk menentukan sama ada mereka menang di kawasan Perlimen tersebut atas wibawa mereka sendiri. Ahli Ahli Parlimen tersebut mestilah buktikan kepada pengundi pengundi mereka bahawa mereka adalah Ahli Parlimen yang bermoral.”

24 Ketua-Ketua Cabang juga bersependapat bahawa tindakan mereka keluar dari PKR adalah suatu tindakan yang sudah diduga, kerana mereka ini lebih di ibaratkan sebagai duri dalam daging di dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Kehilangan mereka dalam PKR tidak di rasai kerana mereka hanyalah seperti seorang jenderal tanpa ada tentera. Keberolehan kerusi mereka pun mereka perolehi kerana pengundi mengundi mereka atas tiket PKR.

Ketua-Ketua Cabang juga menyatakan sokongan penuh mereka diatas tindakan Majlis PImpinan Tertinggi PKR yang telah memecat dalang yang selama ini mencalar imej PKR dan Pakatan Rakyat dengan tindakan-tindakan tidak rasional beliau iaitu Zulkifli Noordin. Beliau bukanlah suatu asset kepada PKR dan Pakatan Rakyat kerana tindakan beliau yang adakalanya keterlampauan.

Tindak – tanduk beliau boleh di ibaratkan sebagai agent UMNO/BN dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Segala kenyataan beliau sentiasa mengundang kontroversi dan menyebabkan ketegangan dalam Pakatan Rakyat amnya dan PKR khasnya. Maka kerana itulah 24 Ketua-Ketua Cabang PKR Sabah menyokong sebulat suara keputusan yang di ambil Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Sdr Ahmad Tamrin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah menyeru ahli-ahli PKR di seluruh Sabah agar tetap teguh berdiri di belakang PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau juga telah menafikan propaganda yang di war-warkan oleh UMNO Papar yang membuat kenyataan media mengatakan 120 orang ahli PKR di Papar telah meninggalkan PKR dan menyertai UMNO.

PKR Sabah mencabar dan mendesak UMNO Papar untuk mendedahkan nama-nama dan nombor keahlian ahli-ahli yang dikatakan telah meninggalkan PKR. Propaganda ini adalah tidak berasas sama sekali kerana hanya 2 orang sahaja ahli PKR yang keluar dari PKR dan menyertai UMNO oleh kerana permintaan mereka yang tidak berasas tidak di layan oleh Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah.Hakikatnya yang meninggalkan PKR cuma 2 orang bukan 120 orang.

Ketua Ketua Cabang PKR seluruh Sabah mengambil ketatapan dengan teguh dan tegas menyokong kepimpinanYB.Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama PKR dan Pakatan Rakyat Malaysia.

Sumber: Komen dari Anwaribrahim.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan