JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Jumaat, 12 Mac 2010

POLIS DATANG KE PEJABAT PKR BUKAN SUATU KEISTIMEWAAN BUAT ANWAR

Tindakan Ke Atas Anwar Semakin Hebat


Oleh: Mohd Sayuti Omar

WALAUPUN prosedur biasa, tetapi kehadiran lima pegawai tinggi polis ke pejabat PKR di Petaling Jaya untuk mengambil kenyataan daripada Anwar Ibrahim dilihat sebagai usaha untuk menekan dan menyusahkan bekas TPM itu. Lima pegawai polis dilaporkan mendatangi pejabat PKR pagi ini dan mengambil kenyataan Anwar berhubung beberapa ucapannya di Pulau Pinang.

Siasatan itu ekoran laporan polis terhadap isi ucapannya mengenai pembunuhan Altantuya, kehilangan enjin pesat tempur udara dan sebagainya.


Malam minggu lalu polis telah menganggu majlis sambutan dua tahun pemerintahan kerjaan Pakatan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang turut dihadiri Anwar. Gangguan itu atas alasan perhimpunan itu tidak ada permit.

Kita tidak mahu mempersoalkan tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keamanan negara ini namun apa yang dilakukan ke atas Anwar itu yang bertindak atas perkara remeh, iaitu laporan polis sesuatu yang tidak mustahak. Apakah sebelum ini tidak ada ahli politik yang bercakap menyentuh soal pembunuhan Altantuya dan kenapa tidak dibuat laporan polis?

Rasanya tidak menjadi masalah kalau sesiapa saja mempersoalkan atau mengulas mengenai tragedi yang menimpa modeling Mongolia itu kerana pembunuhannya menimbulkan penuh tanda tanya. Persoalan umum di sebalik kes itu ialah apakah notif wanita itu dibunuh?

Dalam kes jenayah seperti itu apa yang menjadi persoalannya dan fokus ialah motif penbunuhan. Nampaknya dalam kes Altantuya motif tidak menjadi fokus penting. Sebaliknya dalam kes Altantuya ini motif pembunuhannya tidak jelas dan inilah menyebabkan orang jadi teringin untuk mempersoalkannya apa lagi orang politik.

Sagu segi sekrianya tindakan polis atau laproan polis terhadap Anwar berhubung perkara itu ia tidak banyak memberi keuntungan politik kepada pihak-pihak tertentu sebaliknya dengan terus menganggu, menganiaya dan mengaibkan Anwar menyebabkan rakyat jadi semakin meluat.

Sebelum rakyat terlebih melaut elok kalau pihak yang cuba ingin mengambil keuntungan dengan menyusahkan Anwar memikirkannya sejauh mana baik dan buruknya agar tidak berlaku telan pinang untuk jadikan ubat tetapi bertukar menjadi racun.

Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan