JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 13 Mac 2010

TAK LETAK JAWATAN RUPANYA, AKU BARU NAK GANTUNG PISANG !!

Ketua Polis Negara Musa Hassan menafikan laporan akhbar China Press yang mendakwa beliau telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein.

Memetik sumber tertentu, China Press melaporkan Musa dijangka berundur secara rasmi pada 25 Mac depan.

Kontrak perkhidmatan Musa berakhir dalam masa lima bulan lagi.

Menurut sumber China Press, Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan Hishamuddin telah menerima perletakan jawatan tersebut.

Musa bagaimanapun menafikan berita tersebut.

"Saya tidak pernah menghantar sebarang peletakan jawatan kepada sesiapapun termasuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Berita itu tidak benar dan saya menafikan sekeras-kerasnya," katanya.

Musa berkata beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat sumber laporan terbabit.

"Saya terkejut bagaimana boleh tersiarnya berita seperti itu, seolah-olah ia telah dirancang oleh satu-satu pihak yang mungkin mempunyai kepentingan," katanya.

Laporan China Press ini terbit dikata bekas pegawai tertinggi PDRM, Ramli Yusuff dibebaskan dari pertuduhan gagal mengisyitharkan aset jutaan ringgit./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan