JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 21 Mac 2010

SIAPA LAGI NAK PUJI ZAHRAIN KALAU BUKAN EZAM SESUMPAH?

"Saya terkejut, Zahrain seorang yang berani". Itulah lebih kurang kata-kata Ezam raja sesumpah yang dipetik dari akhbar Sinar hari ini. Bagi Ezam, sesiapa sahaja yang mampu memburukkan imej DS Anwar, itulah tokoh hebat baginya. Ezam sendiri telah mencuba sedaya upaya untuk memusnahkan imej DS Anwar termasuk keluarganya namun Ezam bukan sahaja Justify Fullgagal malah Ezam sendiri dimalukan. Di dalam beberapa pilhanraya kecil sebelum ini, setiap kali Ezam muncul memburukkan DS Anwar, pasti Umno terkangkang.

Kini, Zahrain muncul kununnya untuk menjadi hero. Malangnya beliau tidak tampil sebagai hero di kawasan pengundi-pengundi yang mengundi partinya dahulu. Dia berani tampil kununnya berlagak hero di Parlimen. Dia bercakap ikut apa saja yang ingin diperkatakan dan dia boleh sebut apa saja yang dia rasa nak sebut. Dia boleh guna nama DYMM YDP Agung, dia guna nama Panglima ATM dan beberapa nama lagi dari MP-MP Bn untuk modal dia memburukkan DS Anwar. Tidak sampai tiga hari pendedahan oleh Zahrain, kebanyakan yang dia sebut nama itu menafikannya termasuk bekas Panglima ATM. Beliau dianggap berbohong. Kita tidak tahu samada DYMM YDP Agung perlu atau tidak memberi respon atas pendedahan Zahrain itu.

Zahrain tidak kisah semua itu. Yang penting dia mesti mencemarkan imej DS Anwar iaitu insan yang tidak menyokongnya apabila dia gagal mendapatkan projek di P.Pinang dari Kerajaan Negeri. Perjuangan Zahrain seperti ini sememangnya releven untuk mendapat penghargaan dan puji-pujian dari Ezam. Hanya balaci dan pencacai sahaja yang kenal siapa kawan mereka. Zahrain mendapat pujian tertinggi dari Ezam yang tidak pernah diperolehi oleh rakan-rakan pencacai yang lain seperti Roslan Kassim atau Zahid Md Arip. Kenapa Zahid Md Arip tidak mendapat pujian melangit dari Ezam? Zahid terlalu bodoh kerana tidak tahu bagaimana untuk mencemar nama baik DS Anwar. Apa yang Zahid buat hanyalah mengutuk dan menghina Tuan Guru Nik Aziz yang dianggapnya bukan Ulamak tetapi Pu**mak. Ezam mahu imej DS Anwar dihentam sehebatnya, bukan orang lain kerana kemasukan Ezam di dalam Umno pun semata-mata untuk menentang pengaruh DS Anwar.

Oleh sebab itulah, sesiapa sahaja yang berjaya memburukkan imej DS Anwar akan mendapat perhatian dari Ezam. Pemuda yang hanya bermodalkan `lubang taik' pun mendapat pujian dari Ezam. Bahkan `lubang' itulah tempat Umno bergantung dan kini `mulut busuk' Zahrain pun dihidu oleh Umno. Itulah yang Ezam mahukan jika ingin diiktiraf sebagai hero. Apabila Ezam raja sesumpah ini gagal menunjukkan kepintarannya untuk menjatuhkan imej DS Anwar, kini beliau berharap pada Zahrain selain dari pemuda lembut itu. Mampukah Zahrain melakukan tugas tersebut? Kita lihat nanti di luar Parlimen, bagaimana pula bunyi salakan Zahrain. Adakah salakannya nyaring seperti di Parlimen? /mandor.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan