JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 9 Mac 2010

MAHU TAPI MALU DAAA.......!!

'Tidak timbul soal saya masuk PAS'

Abdul Rahim Sabri
Mac 9, 10


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata tidak timbul soal beliau akan memohon menyertai semula PAS.

Sebaliknya, jelas beliau, kenyataan dalam blognya adalah sebagai reaksi kepada laporan sebuah portal berita yang memetik naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempelawanya menyertai parti itu.

Bagaimanapun, Harakahdaily kemudiannya memetik Tuan Ibrahim menafikan beliau membuat kenyataan tersebut.

Oleh itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Zulkifli meminta barisan kepimpinan PAS supaya jangan 'melatah' berhubung perkara itu.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerimanya semula.

Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.

Soal setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi alasan utama penolakan mereka itu.

Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAs ialah dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli.

Sebelum ini, dalam temubualnya dengan Malaysiakini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga tidak bersetuju jika parti itu menerima semula Zulkifli.

Ditanya sama ada beliau tidak berminat menyertai PAS, Zulkifli berkata: "Saya baru habis edah. Saya tengah berihat".

Zulkifli dipecat dari PKR Sabtu kerana didapati bersalah melanggar disiplin parti./Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan