JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 25 Mac 2010

BODOHKAH ANWAR PILIH YB ZUL JADI CALON MP?

Sebenarnya sudah terlambat kita nak bahas tajuk ni. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pilih calon buruk padahnya. Tetapi aku sengaja bawa isu ini kerana kebetulan petang semalam aku `bertikam lidah' dengan seorang sahabat yang boleh dikatakan `extreme' terhadap PAS. Aku suka berbual dengannya terutama dalam isu politik semasa. Kadangkala kami berdua bertikam lidah semata-mata ingin mencari kaedah terbaik bagaimana lebih cepat hendak kapankan Umno. Kebetulan pula beliau anggap aku ni penyokong DS Anwar (PKR). Bukankah pertikaman lidah seperti itu amat baik?

Ketika YB Zul dipecat dari PKR dan kemudiannya MP Kulim Bandar Baru itu melalak melolong dalam Parlimen membawa berbagai-bagai cerita karut marutnya sehingga beliau mengangkat dirinya sebagai `kuat iman', sahabat aku ni mendapat modal baru untuk berhujah denganku. Sahabat aku ni kata memang DS Anwar ni punyai karisma sebagai pemimpin tetapi `agak bodoh' sedikit di dalam memilih calon pilihanraya. Buktinya, sudah berapa banyak Adun dan MP dari PKR yang jadi katak selain dari yang buat hal sehingga dipecat. Tidak seperti PAS katanya yang lebih bijak di dalam memilih calon. YB Zul itu pun PAS tolak untuk menjadi calon, tetapi mengapa DS Anwar kutip? Sekarang, apa sudah jadi dengan `firaun besar' itu, katanya.

Naik juga angin aku bila dia mengatakan begitu terhadap DS Anwar. Aku berkata padanya, apa yang berlaku tidak boleh disabitkan keseluruhannya kepada DS Anwar. Tentang katanya DS Anwar `agak bodoh' di dalam pendekatan politiknya langsung aku tidak boleh terima. Hakikat dan faktanya, kekuatan PR sekarang banyak bergantung kepada pendekatan politik DS Anwar juga di samping kerjasama dan buah fikiran yang dikongsi bersama di dalam PR. Keakraban PAS dan DAP kini pun banyak dibantu oleh kebijaksanaan DS Anwar sebagai pengimbang. Aku sebenarnya tidak suka nak buat perbandingan siapa lebih hebat samada PKR, PAS atau DAP. Pada aku sepatutnya semua mesti kuat kerana untuk menumbangkan Umno/Bn tidak cukup dengan sebelah tangan sahaja.

Tentang tuduhan sahabat aku yang mengatakan DS Anwar `agak bodoh' di dalam menilai dan memilih calon, aku menjawab hal itu DS Anwar sendiri sudah akui `kelemahan'nya malahan DS Anwar sanggup memohon maaf atas apa yang berlaku kepada Adun/MP yang dipercayainya dahulu. Agak keterlaluan jika kita mengatakan apa yang terjadi adalah akibat `kebodohan' DS Anwar. Aku bertanya semula kepada sahabatku, sanggup atau tergamakkah kamu mengatakan Tuan Guru Nik Aziz itu `bodoh' apabila memilih Ibrahim raja katak itu sebagai calon ganti PAS di kerusi Parlimen Pasir Mas? Apakah pertimbangan Tuan Guru ketika itu malahan keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan untuk memilih Ibrahim katak mungkin turut direstui oleh Majlis Syura PAS. Pada ketika pemilihan dibuat, tentu Tuan Guru mempunyai sikap `Husnul Zan' (bersangka baik) kepada Ibrahim katak pada waktu itu. Oleh yang demikian, apa yang berlaku kepada PKR sekarang ini pernah juga berlaku pada PAS suatu ketika. Apatah lagi kataku, PKR kini terlalu muda di arena politik tanahair. Malahan, suatu ketika PAS pernah kehilangan Presiden dan juga Naib Presiden nya akibat tindakan lompat ini.

Kata-kata ku membuatkan sahabatku terdiam seketika. Akhirnya beliau secara perlahan berkata, memang benar, tidak semua yang kita fikirkan baik akan berakhir dengan baik. Aku tahu beliau tidak berniat untuk melaga-lagakan PKR dengan PAS kerana aku faham sahabat aku itu amat `extreme' dengan PAS. Bagi aku, Alhamdulillah, beliau `extreme' dengan PAS bukannya dengan Umno yang sesat itu. Aku senang berkawan dengannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan