JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 10 Mac 2010

APABILA USTAZ MENJADI PENIPU, INILAH AKIBATNYA....

Zulkifli Nordin : Berakhir sebuah episod .....

Oleh: dr_sabirin_ehsan

"Penyingkiran Zulkifli Nordin memang amat dialu-alukan setelah beliau diberikan ruang untuk mempertahankan diri dihadapan J/K Disisplin PKR. Beliau bukanlah IKON kepada perjuangan. Beliau hanya seorang yang pandai bercakap, namun lebih banyak auta dari fakta dan kebenaran. Namun begitu saya melihat pimpinan PAS umpama Naib Presiden PAS Dat' Tuan Ibrahim melatah terlalu awal, hingga menyebabkan Naib2 Presiden PAS yang lain dan beberapa AJK PAS Pusat terpaksa membuat beberapa kenyataan yang tidak perlu diperingkat ini.

Maka berasalah diri Zul Nordin lagaknya seperti pahlawan dan IKON Keadilan dan kebenaran, sedang pada hakikatnya bukan begitu.

Saya melihat kebijakan politik Dato' Tuan agak lemah dan ini menyebabkan isu sebenar Zul Nordin ini menjadi tenggelam. Seharusnya biarkan sahaja dia bercakap sendirian, biarkan sahaja dia dengan ke'gila'an talaknya, biarkan dia sendirian merana dengan episod dongengannya. Oleh kerana Naib Presiden PAS seolah-olah membuka pintu kepadanya maka beliau merasa dirinya besar, dirinya diperlukan dan dirinya mempunyai substance! Hakikatnya tiada apa yang bermakna dalam wajah/diri Zul Nordin!

1. Apabila dari awal lagi beliau cuba mempertontonkan kepahlawanannya dengan menyatakan J/K Disiplin sengaja memilih tarikh ketika beliau di'hantar' oleh PKR untuk menghadiri satu persidangan di Korea! Dan akhbar menonjolkan ketidakadilan PKR dalam hal ini. Namun pada hakikatnya ia satu pembohongan. Beliau hadir atas kapasiti peribadinya, sedangkan jika seorang yang ingin menegakkan kebenaran dan mempertahankan prinsip, maka beliau harus mendahului kebenaran dari menghadiri sebuah konferensi samada beliau dihatar mahupun tidak. tetapi beliau memilih corong akhbar dan media perdana untuk menegakkan ke'pahlawanan'nya! Cuma adakah pembaca terfikir bagaimana beliau mendapat liputan kelas pertama didada akhbar (sedangkan mungkin almarhum Ustaz Fadzil Noor telah terfikir agaknya wajah Zulkifli Nordin yang sebenar!).

2. Adingan keduanya yang juga mendapat liputan akhbar apabila beliau menghunus keris kepahlawannya bahawa beliau enggan menghadiri pendengaran kes 'isu kalimah Allah' kerana yang menghakiminya bukan terdiri dari kalangan orang Islam kecuali seorang! Sedangkan pada hakikatnya mereka mempertimbangkan kes disiplin beliau dalam PKR bukan isu kalimah Allah. Ini dijelaskan oleh YBhg Dato' Seri Presiden PKR bahawa isu kalimah Allah telah dibincang, didebat dan dibahas dikalangan ahli2 Parlimen PKR dan PAS dan yang menghadirinya termasuk beliau sendiri dan YB Khalid Samad. Dan dalam perjumpaan tersebut beliau hanya mengambil sikap berdiam diri! Jadi mengapa beliau melalak diluar sedang dalam ruang yang membolehkan perbezaan pendapat diketengahkan dan didebatkan, beliau hanya diam. Maka sahlah beliau ini mungkin gunting dalam lipatan dan duri dalam daging perjuangan!

3. Eposid yang terkini mendapat ruang primer akhbar Utusan Malaysia 9Mac2010, dimana beliau mendesak pula Dato' Seri Presiden PKR supaya meletakan jawatan kerana tidak perform! Mengapa sekarang? Sedangkan beliau berada dalam parti sejak sekian lama dan mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk mengkritik dan bermuhasabah, malah ruang untuk bertanding sebagai Presiden/Timbalan/Naib sekiranya beliau merupakan seorang jaguh untuk meningkatkan prestasi parti? Persoalannya lagi bagaimana kenyataan beliau menjadi 'head-line' akhbar arus perdana? Adakah beliau salah seorang penggodam Pakatan Rakyat yang ditanam oleh UMNO?

4. Benarkah adanya Firaun kecil (the little pharaoh)? Firaun ini sifatnya menentang kebenaran. Kalau di zaman Nabi Musa Alaihissalam, Firaun membunuh semua bayi lelaki kerana mempercayai tilikan ahli nujumnya bahawa akan datang seorang lelaki yang akan menumbang takhtanya, maka apa yang digembar-gemburkan oleh Kulim Bandar Baru yakni wujudnya firaun-firaun kecil untuk mencampak firaun besar keluar daripada PKR,adalah dengan sendirinya mengistiharkan bahawa beliaulah firaun besar. Kenapa mesti takut kepada bayang-bayang sendiri? Kenapa mesti takut kepada firaun-firaun kecil kalau diri sendiri adalah firaun besar? Buangkanlah sifat-sifat yang ada pada firaun, maka akan terhapuslah sifat-sifat yang ada pada firaun-firaun kecil 'bikinan' sendiri. Jika anda masih bersifat dengan sifat firaun besar, maka selayaknyalah anda dinyahkan dari PKR dengan segera. Sebenarnya tiada Firaun kecil mahun besar, yang ada hanyalah pejuang2 yang tidak punya prinsip, pejuang menangguk diair keruh dan pendekar tempang yang tidak layak dinobatkan. Firaun ini rakannya Hamman, pembolot harta benda, seorang yang tamak dan haloba, hatta projek penyelenggaraan padang golf pun dia minta! Jadi siapakah sebenarnya firaun dan sahabatnya Hamman?

5. Calon PKR atau calon dirinya sendiri. Pilihanraya malaysia melibatkan parti-parti politik yang mewakilkannya kepada calon-calon tertentu. Zul Nordin kena inat bahawa beliau dipilih oleh J/K pemilihan calon PKR bukan pilihannya sendiri sahaja. Beliau mewakili PKR. Hujjahnya beliau dipilih rakyat, memamng benar TETAPI beliau dipilih rakyat kerana mewakili PKR/PR. Seorang peguam harus faham hakikat ini. Maka adalah wajar beliau meletakkan keahlian parlimennya supaya satu Pilihanraya kecil dapat diadakan serta merta? Jangan melalak sana sini mempertahankan kononnya princisp, akulah calon pilihan rakyat. Anda berada disana kerana anda mawakili PKR/PR, maka selayaknya lah anda wahai Zulkifli Nordin berundur dan berundur serta-merta./Tranungkite

1 ulasan:

  1. kenapa menafikan adanya firaun yang di nyatakan oleh Zul..
    Firaun yang dimaksudkan itu berada dikalangan org PKR ..Zul berkata dgn jelas kenapa harus nafikan .
    Tak fahamlah saya knp ada pula yang pertahankan kononnya tindakan beliau tak betul..
    hanya kerana kita berada didlm Pakatan Rakyat..
    (Sedangkan pada hakikatnya mereka mempertimbangkan kes disiplin beliau dalam PKR bukan isu kalimah Allah)

    Kata siapa yg harus dipercayai..
    saya lebih percaya kata Zul, dari kata2 Naib Presiden PKR sendiri..

    Zul telah berjuang lebih 10 tahun dgan DSAI dan keluarga beliau rapat dgnnya..

    Skarang ALLAH takdirkan dia berjuang sendiri,yg mana PAS juga menolak beliau..

    Ternyata perjuangan PR terpesong.
    PR = PAS PKR DAP

    Allahualam.

    BalasPadam