JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 13 Februari 2010

Hanipa Maidin Sertai Pasukan Peguam Anwar

Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin menyertai pasukan peguam Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu mengendalikan kes konspirasi kedua.
Selain Karpal Singh sebagai peguam utama, Anwar diwakili Datuk Param Cumaraswamy, Datuk CV Prabakharan, Ram Karpal Singh Deo, Sankara Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando.

Hanipa mengesahkan pelantikannya ketika dihubungi Malaysian Insider.

“Secara rasmi, saya memulakan penyertaan (dalam pasukan Anwar) semalam. Saya hanya akan memainkan peranan macam biasa, macam peguam-peguam lain... Sumbangan saya sebagai peguam sahaja,” kata Hanipa.

Selain kes di mahkamah sivil, Anwar juga ada memfailkan tuntutan qazaf di Mahkamah Syariah.

“Setakat ini, saya hanya akan terlibat dalam kes sivil,” kata Hanipa yang mempunyai kepakaran kedua-dua bidang syariah dan sivil.

Perbicaraan kes liwat Anwar ini, yang kedua sejak 1998, bermula 3 Feb lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan