JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 27 Februari 2010

SEMPENA MAULIDUR RASUL, MASJID BARU DI SHAH ALAM

Qariah Seri Muda Bakal Dapat Masjid Baru

Mohd Radzi Abdul Razak

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini membawa khabar gembira buat qariah Baitul Mahabah, Seksyen 27 Shah Alam apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju mencari tapak baru untuk membina sebuah masjid yang lebih besar.

Masjid baru itu diperlukan untuk menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat di kawasan berkenaan.

Khalid menyatakan kesanggupannya itu pada karnival Maulidur Rasul dan Baitul Mahabah Mobile Alert (BMMA) di masjid berkenaan hari ini.

“Tuan Haji Ghazali kali ketiga menerangkan kepada saya apabila solat Jumaat melimpah-limpah orang berseolat, jadi kali ketiga saya pun faham. Kali pertama saya faham, bila kali ketiga saya lagi faham dan saya angguk,” katanya.

Sebelum ini, Nazir masjid Wan Mohd Ghazali Mahmud meminta bantuan Khalid untuk mendapatkan tapak baru bagi membesarkan masjid berkenaan. .

Katanya, masjid itu kini tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah yang meningkat sehingga melimpah ke tepi jalan setiap kali solat Jumaat.

Dalam pada itu, Khalid memuji usaha jawatankuasa masjid berkenaan kerana menganjurkan pelbagai aktiviti untuk manfaat qariah.

“Ini fardhu kifayah bagi kita. Ini tanggungjawab kita supaya masyarakat-masyarakat muslimin, muslimat merasakan mereka ini sebahagian daripada masjid dalam kehidupan.

Turut hadir Ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud dan ADUN Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei.

Di majlis ini Baitul Mahabah Mobile Alert yang berperanan menghantar informasi kepada qariah menerusi sistem pesanan ringkas turut dilancarkan.

Karnival ini turut menyediakan pelbagai gerai jualan serta khidmat kerajaan seperti daftar pemilih dan pameran dari pihak bomba dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan./TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan