JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 22 Februari 2010

SATU LAGI KES UMNO MENYUSAHKAN ORANG

BANDAR JENGKA, 22 Feb [8.00 am] - Ramai ibubapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UITM) cawangan Pahang dekat sini kecewa dengan tindakan UMNO Pahang menganjurkan konvensyen parti itu di kampus IPT berkenaan. Menurut salah seorang ibubapa yang ditemui, mengatakan bahawa tindakan UMNO Pahang itu jelas sekali mencabuli peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri. Malahan, tindakan tersebut juga telah menyusahkan para pelajar itu sendiri. "Bayangkan, kami terpaksa datang dari jauh untuk mengambil barangan anak kami untuk dibawa balik ke kampung kerana bilik mereka digunakan sebagai tempat tinggal sementara perwakilan UMNO Pahang" kata seorang bapa yang tidak mahu dikenali. Katanya, beliau telah dihubungi oleh anaknya yang menyuruh beliau datang ke kampus berkenaan untuk mengambil segala barangan untuk dibawa pulang ke kampung buat seketika. Ini kerana bilik mereka akan digunakan oleh perwakilan UMNO Pahang yang berkampung selama tiga hari disitu. Tindakan ini amatlah tidak wajar sama sekali. Tambahan pula para pelajar terbabit baru saja mendaftar masuk untuk belajar di universiti berkenaan kira-kira dua bulan yang lalu. Bayangkan ada ibubapa yang terpaksa datang dari luar Pahang, dalam jarak yang jauh semata-mata untuk tidak mengambil barangan harian anak-anak mereka di kampus itu.

[Menurut sumber, semua barangan pelajar UITM diminta tidak ditinggal didalam almari atau bilik masing-masing. Ini kerana, pihak pentadbiran kampus takut barangan tersebut diusik atau dicuri oleh para perwakilan UMNO Pahang. Jika ini berlaku ia akan lebih menyusahkan para pelajar. Lantaran itulah, langkah terbaik dengan mengarahkan mereka mengosongkan bilik berkenaan. Perkara ini tidak menjadi halangan bagi mereka yang tinggal berkeatan dengan kampus atau negeri Pahang sendiri. Bayangkan bagi ibubapa pelajar yang datang dari luar negeri Pahang. Bukankah ini amat menyusahkan mereka yang baru sebulan lebih menghantar anak-anak terbabit untuk belajar di kampus berkenaan].

Sumber: Pahang Daily

1 ulasan:

  1. [Menurut sumber, semua barangan pelajar UITM diminta tidak ditinggal didalam almari atau bilik masing-masing. Ini kerana, pihak pentadbiran kampus takut barangan tersebut diusik atau dicuri oleh para perwakilan UMNO Pahang. ---> UIKKKKK....UITM PUN TAK PERCAYA KAT UMNO
    WKAHKHKHKHAAKA

    TU LAH, BILA DAH SELALU CURI HARTA RAKYAT..SAPA NAK PERCAYA KAT UMNO..BARANG2 BEBUDAK STUDENT PUN TAKLEH DIHARAP..
    KIHKIKIKIH

    BalasPadam