Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat rakyat lebih layak membuat keputusan sama ada memilih Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak melalui pilihan raya kecil peringkat negeri. “Keputusannya adalah keputusan rakyat dan ini adalah isu demokrasi, suatu kepentingan politik, siapa sebenarnya yang mendapat mandat dan sokongan rakyat,” ujarnya di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun Zambry berjaya diputuskan sebagai menteri besar melalui mahkamah, namun keputusan tersebut bukan mewakili rakyat. “Saya percaya Zambry dan Umno/BN sendiri tidak bersedia berdepan dengan rakyat melalui pilihan raya, mereka lemah dan longlai untuk berdepan dengan kita. “Maka Umno tidak boleh berselindung di sebalik apa-apa, termasuk mahkamah selama-lamanya, kecuali perlu kembali diputuskan oleh rakyat (melalui) pilihan raya,” jelasnya. Beliau yang juga Ketua Umum PKR tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan rayuan Nizar. “Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan awal Mahkamah Persekutuan, tetapi sepertimana kita faham Pakatan Rakyat Perak dan Kebangsaan menyatakan,” jelasnya. Beliau juga menyeru semua kepemimpinan Pakatan Rakyat supaya bersikap bijaksana dan rasional meneruskan persiapan menghadapi pilihan raya peringkat negeri Perak yang dijangka diadakan bila-bila masa. Tambahnya lagi, dijangkakan persiapan tersebut turut diperlukan untuk menangkis serangan-serangan media propaganda yang dimiliki oleh Umno. “Selain memperkuatkan parti dan jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil pada bila-bila masa, tidak mustahil kita terpaksa menghadapi serangan bertubi-tubi dari media-media Umno selepas ini,” katanya. Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, rakyat lebih layak membuat keputusan memilih Menteri Besar Perak yang baru. “Keputusan ‘Mahkamah Rakyat’ lebih layak buat keputusan berhubung Menteri Besar Perak yang sah, mahkamah hanya terdiri lima Hakim sahaja, mahkamah rakyat lebih dari itu,” jelasnya. Seperti kenyataan Nizar tengah hari tadi, beliau turut mencabar Zambry membubarkan Dun demi membenarkan pilihan raya kecil peringkat negeri Perak diadakan dalam masa terdekat. Ujarnya, keputusan mahkamah itu sebenarnya tidak menyelesaikan fundamental politik di Perak kerana rakyat mengganggap Zambry sebagai menteri besar yang tidak sah, selepas Umno kudeta kerajaan dari Pakatan Rakyat./Harakahdaily |
Selasa, 9 Februari 2010
RAKYAT TETAP ANGGAP ZAMBRY MB TIDAK SAH - ANWAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Rakyat negara mana yg ckp camni?
BalasPadamSetahu aku rakyat Perak dah bersuara dlm PRU12 lalu... UMNO 27 manakala hamPAS 6 dan Parti Kencing Rakyat 5.
Korang nak kira undi DAP jugak ker?
Dah daftar lom?
Apa2 hal kita tggu PRU13 tak lama ajer lagi.
Giler meroyan bila nikmat dunia (jawatan MB) ditarik balik oleh Allah. Camtu ker contoh pemimpin Islam?
Mlm ni korang nak nyalakan lilin kat mana?
Apa punya turrrr... Bro Anwar ni cakap. Diam-diamlah, kau jaga la kes kau sebelum tersumbat tpt lama. Diri sendiri tak leh nak handle, nak jaga rakyat....pi la mabuk!!
BalasPadam