JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 17 Mac 2010

AWAL MULA PERTAMA MULA ZAHRAIN BUKTIKAN DIA MP BEBAS PALING BENGAP

Perbahasan ulung YB Zahrain MP yang menjadi katak selepas keluar dari PKR di Parlimen siang tadi telah membuktikan betapa sememangnya beliau patut mengosongkan kerusinya selaku MP. Kita menjangkakan MP bebas tersebut boleh menunjukkan kehebatannya berbahas walaupun tidak berparti, namun apa yang kita lihat beliau seperti orang gila meroyan apabila dapat peluang berucap. Malu sungguh masyarakat yang diwakili oleh Zahrain kerana beliau gagal menunjukkan kecerdikannya berhujah. Niatnya hanya satu, iaitu menyerang DS Anwar semahu-mahunya dan tidak akan memberikan peluang untuk DS Anwar mencelah untuk menjawab segala tuduhannya.

Isu 16 September sebenarnya isu yang sudah lapok dan telah menjadi bahan perbahasan di Parlimen sebelum ini dan ketika itu Zahrain berada di dalam PKR. Ketika itu beliau sedar apa yang terjadi dengan plan 16 Sept itu. Tetapi apabila Zahrain keluar dari PKR angkara tidak mendapat projek, beliau mengambil kesempatan di Parlimen untuk melepaskan geram terhadap Ketua Umum PKR tersebut. Baru kita tahu bahawa selama ini Zahrain amat berharap plan 16 Sept menjadi kenyataan semata-mata beliau inginkan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan dirinya. Siang tadi baru lah beliau menzahirkan kekecewaannya apabila plan 16 Sept gagal kerana mungkin beliau telah berangan untuk dilantik menjadi Menteri jika plan itu mencapai kejayaan. Lebih menyakitkannya, beliau juga gagal mempengaruhi KM P.Pinang untuk mendapatkan projek besar. Ini lah Zahrain yang dikatakan ingin menjadi pejuang rakyat.

Siang tadi, sejarah buat Zahrain yang secara sah telah di`lacurkan' . Tiada apa yang keluar dari mulut Zahrain siang tadi untuk kebaikan rakyat, tetapi sekadar bangun bercakap untuk melepaskan geramnya pada DS Anwar yang tidak mahu menyokongnya untuk mendapatkan projek dari Lim Guan Eng. Lebih menunjukkan kebaculannya ialah ketika beliau menuduh DS Anwar dengan berbagai tuduhan, beliau tidak memberi ruang kepada DS Anwar bangun mencelah untuk menjawab tuduhannya. Itu lah sikap bacul dan penakut yang baru Zahrain belajar dari pemimpin Umno.

Tindakan DS Anwar keluar dewan adalah satu tindakan bijak kerana sudah tentu Zahrain tidak akan memberikannya ruang untuk membalas hujahnya. Zahrain dibiarkan bercakap seorang diri dan beliau boleh berkata apa jua tetapi lagi banyak beliau bercakap lagi bertambah darjat kedunguannya.

1 ulasan:

  1. satu pengajaran buat dsai...pu13 nanti lantik mereka yg tak gila kuasa,duit,dan mereka yg berpegang teguh pada ajaran islam..walaupun km penang cina..dia lebih suka anak melayu bersekolah agama rakyat..supaya tahu dosa pahala.dan faham syurga neraka..buat zahrain kalau bergaduh dgn isteri nanti jgn pula cerita kat org dlm kain bini ada bulu panjang atau pendek...malu org tak kata kat bini tapi org simpati kat bini kerana tersalah pilih suami akai pendek....

    BalasPadam