JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 13 Mac 2010

DATANG JUGA ALI RUSTAM KE SERAMBI MEKAH

TENTU anda masih ingat KM Melaka, Ali Rustam suatu ketika pernah mengeluarkan arahan kepada semua kakitangan kerajaan negeri agar tidak berkunjung ke Kelantan. Larangan itu dikeluarkan lebih kepada alasan politik semata-mata bukan kerana faktor lain seperti wabak penyakit mahu pun faktor keselamatan. Apa yang malangnya, kakitangan kerajaan negeri menjadi mangsa akibat dendam politik KM yang disabitkan dengan politik wang di dalam Umno suatu waktu dulu.
Walau bagaimanapun, larangan itu tidak kekal lama kerana jika diteruskan sekali pun rakyat Melaka dan juga kakitangan kerajaannya bukan bodoh untuk dijadikan `lembu dicucuk hidung' oleh Ali Rustam. Maka, larangan itu ditarik balik atas alasan kununnya MB Kelantan sudah berubah sikap. Berubah apa? MB Kelantan sudah sokong Umno ke? Hakikatnya Ali Rustam tahu bahawa di negara kita yang kecil ini jika berlagak seperti `kera sumbang' tidak mahu bercampur dengan negeri lain, maka susahlah nanti. Kalau hendak dikira malu, memanglah malu kerana terpaksa jilat ludahnya sediri tetapi Ali Rustam ini tahu malukah? Jika beliau tahu malu, masakan sekarang beliau masih kekal KM Melaka sedangkan semua orang tahu bahawa politik wang dengan rasuah tu `sedarah sedaging'.

Baru semalam (Jumaat) Ali Rustam berada di bumi Serambi Mekah yang kini masih lagi dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Petang semalam beliau dijadualkan akan diwawancara melalui sebuah stesyen radio swasta (Manis FM) di Wisma Manis, Kota Bharu. Difahamkan beliau berada di Kelantan untuk mempromosi sukan (SUKMA) yang bakal diadakan di Melaka. Justeru itu, beliau besusah payah datang ke Kelantan sebuah negeri yang beliau pernah katakan negeri termiskin dan termundur. Selepas beliau datang sendiri ke negeri Che Siti Wan Kembang tersebut, cuba tanya beliau ada perubahan kah Negeri Kelantan sekarang jika dibandingkan dengan sewaktu Kelantan di bawah Umno.

Apa-apa pun, selamat datang kita ucapkan kepada Ali Rustam. Mudah-mudahan pagi tadi Ali Rustam sempat merasai hujan yang turun seketika sewaktu MB Kelantan mengadakan Solat mohon hujan. Moga-moga sejuk seketika tubuh Ali Rustam semasa berada di Kelantan./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. bro, anak Rustam ni acap kali turun Kelate melobi jawatan umNo ari tu....cari makan...

    BalasPadam