JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Ahad, 8 Mei 2011

CHEGU BARD TIDAK KELUAR PARTI, PARTI YANG MESTI KELUAR DARI KEPOMPONG BISU

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang telah saya jangka, agak mustahil jika Chegu Bard ingin keluar dari PKR walaupun ada banyak perkara yang beliau tidak berpuas hati dengan parti yang disertainya itu. Hari ini, sekali lagi Chegu Bard mengesahkan bahawa beliau masih bersama PKR dan tetap aktif berkempen untuk PKR khususnya dan PR, amnya.

Kenyataan beliau hari ini, "Chegubard masih ketua cabang PKR Rembau, ahli seumur hidup PKR. Sejak menjadi ahli Keadilan 1999 saya tidak pernah memperlahankan gerak kerja saya,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Namun, apa yang diluahkan oleh beliau bahawa memang terdapat beberapa orang yang berada di Pejabat PKR Pusat melakukan konspirasi atau provokasi tertentu agar Chegu Bard keluar dengan sendirinya dari PKR patut diberi perhatian.

Saya percaya memang ada di kalangan PKR yang merasa dengki, iri hati dan cemburu dengan komitmen Chegu Bard di dalam PKR. Siapa boleh nafikan berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan sewaktu pemilihan kepimpinan di dalam PKR sebelum ini? Tidak benarkah ada yang cuba sedaya upaya menghalang Chegu Bard dari aktif memberikan ceramah atau aktiviti SAMM? Tidak perlu nafikan semua ini tetapi tidak patut juga untuk dibiarkan saja.

Mungkin di antara kita sudah tahu cerita sewaktu PRN Sarawak baru-baru ini, program ceramah yang melibatkan Chegu Bard dibatalkan tanpa alasan yang kukuh. Lebih malang lagi, puak ini menggunakan nama Ketua Umum PKR untuk menghalalkan kerja khianat mereka. Banyak lagi aktiviti Chegu Bard yang cuba disabotaj oleh puak ini sehinggakan ke tahap menghasut pihak penganjur dari PAS agar tidak menjemput Chegu Bard untuk menyampaikan ceramah. Memang benar, tidak semua hasutan puak ini dipedulikan oleh pihak penganjur tetapi sikap ini amat memalukan nama PKR di mata rakan sekutu PR.

PKR mesti peka terhadap perkara ini. Pimpinan PKR mesti segera memanggil Chegu Bard untuk mendapatkan penjelasan terperinci agar perkara ini tidak menjadi kudis yang parah di dalam PKR. Paling tidak, ruangkan sedikit masa untuk mendengar rintihan anak muda yang tidak pernah jemu berjuang ini kalaupun tidak mahu menerima bulat-bulat kesemua pandangannya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan