JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 19 Mei 2011

KLIP VIDEO SEKS - PERLUKAH POLIS MENGAMBIL RISIKO?

Oleh:WFAUZDIN NS

SEORANG menteri yang lembab dan ketinggalan masih berhujah dengan modal yang lapuk dan menunjukkan kebebalannya. DS Anwar kini telah sampai ke tahap "Yahoo! Malaysia Question Time, tetapi Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan masih bercakap pasal tulin tak tulin video seks.

Hari ini Malaysiakini melaporkan, Ahmad Maslan memberikan cadangan untuk menyelesaikan isu video seks yang kununnya melibatkan Ketua Pembangkang tersebut. Apa yang pasti, tiada satu pun cadangan dari Ahmad Maslan yang berpandukan kepada ajaran Islam dan sememangnya Umno tidak selesa dengan hukum Islam. Ahmad Maslan memberikan cadangan, cadangan itu termasuklah mengesyorkan DS Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan ketua umum PKR itu tidak tulen.

"Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini (Malaysiakini).

Sudah berbulan-bulan kita disajikan dengan tulin atau tidak video seks berkenaan dan entah berapa banyak duit rakyat digunakan untuk kerja bodoh ini. Tetapi, sehingga kini makhluk yang mengaku menayangkan video lucah berkenaan di khalayak ramai masih belum ditangkap atau didakwa. Pedulikan tulin atau tidak, yang pasti itu video lucah dan menjadi kesalahan sesiapa pun memiliki dan menayangkan video lucah. Masalah siapa pelakun adegan seks itu, kita serahkan kepada pihak yang berwajib menyiasatnya. Selesaikan dulu kes pertama, iaitu `tukang tayang' video seks dan mengapa perlu mengambil masa yang lama untuk menyiasat kerana mereka telah mengaku menayangkannya.

Tentang pelaku di dalam video berkenaan, tuduhan telah dibuat oleh Eskay di dalam upacara sumpah laknat yang sesat itu. DS Anwar pula memilih jalan yang dianjurkan oleh Islam iaitu membawa kes ini ke mahkamah syariah di bawah undang-undang Qazaf. Eskay pula mengambil jalan mudah dan tahyul iaitu dengan bersumpah dengan memakai baju besi. Apabila Eskay berjaya mempersendakan Islam dengan hukumnya sendiri, maka Ahmad Maslan pun mahu agar Anwar turut bersumpah dan menjadi jahil seperti Eskay.

Tidak terbayang oleh kita betapa rendahnya kefahaman Islam di kalangan pemimpin Umno. Mereka masih dibelenggu dengan cerita sesumpah dan meninggalkan hukum di dalam Al-Quran. Apakah pihak Polis akan mengambil risiko untuk mendedahkan siapa pelaku di dalam video seks berkenaan? Saya yakin, sebaik sahaja Ketua Polis Negara atau sesiapa sahaja yang membuat kenyataan bahawa pelaku di dalam video seks tersebut adalah DS Anwar, maka satu lagi kes Qazaf akan dibawa ke mahkamah syariah.

Sebenarnya tiada pilihan lain jika kita beriman dengan Al-Quran melainkan kes ini diselesaikan di mahkamah syariah. Ahmad Maslan tidak perlu berkata isu ini akan mengelirukan masyarakat kerana majoriti rakyat tidak terkeliru kerana mereka kenal siapa Umno dan media-media pencacai yang bersekongkol dengan parti sekular itu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan