JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 7 Mei 2011

TIDAK MASUK AKAL CHEGU BARD AKAN KELUAR PARTI

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah menulis sebelum ini tentang betapa perlunya PKR serius di dalam mengatasi rungutan beberapa pihak terhadap kontroversi pemilihan di dalam pimpinan PKR yang lalu. Paling lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ada dikalangan penyokong Chegu Bard yang tewas tipis di tangan penyandang jawatan Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar di dalam pemilihan tersebut.

Sebenarnya bukan Chegu Bard sahaja yang tidak berpuashati dengan peranan JPP di bawah SUA PKR, YB Saifuddin Nasution malahan ada yang terus meninggalkan parti kerana kecewa. Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati tetapi masih komited dengan PKR cuma berdiam diri mungkin masih kuat untuk menghadapi dugaan yang menimpa atau memikirkan betapa pentingnya meletakkan parti di depan.

Chegu Bard memang mempunyai semangat yang kental dan tidak pernah berputus asa untuk menegakkan ketelusan di dalam parti. Meskipun beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat Pusat, namun beliau lebih ke hadapan jika dibandingkan dengan Ketua AMK yang ada. Beliau bukan sahaja bergerak di dalam parti bahkan aktif di dalam gerakan SAMM yang diterajuinya yang kadangkala aktiviti SAMM lebih menonjol dari aktiviti AMK sendiri.

Siapa yang dedahkan cerita bahawa Chegu Bard mungkin keluar dari PKR? Saya mendapat tahu dari rakan-rakan yang menyebut Cucu Mat Kilau (CMK) yang memulakan cerita ini di dalam blog beliau selepas CMK bertemu dengan Chegu Bard di Kuantan baru-baru ini. CMK adalah bekas ahli PKR yang pernah tercalon di dalam pilihanraya mewakili PKR. Beliau telah keluar dari PKR dan ingin menjadi pejuang bebas katanya. Adakah Chegu Bard akan menjejaki CMK untuk berjuang tanpa jemaah?

Chegu Bard belum menampakkan bayang-bayang untuk keluar dari PKR, tetapi CMK telah memulakan cerita ini. Mungkinkah tindakan CMK ini diredhai oleh Chegu Bard untuk `test market'? Saya juga pernah buat `test market' terhadap CMK apabila saya menulis bahawa kemungkinan CMK akan menentang Najib di Parlimen Pekan di dalam PRU ke 13 nanti.

Saya tidak pasti betul atau tidak seperti yang diperkatakan oleh CMK bahawa parti telah `memulaukan' Chegu Bard di dalam program parti. Apa yang saya tahu, ada beberapa program parti telah dihadiri oleh Chegu Bard bahkanbeliau turut dijemput berceramah sepentas dengan DS Anwar. CMK kata, ada pihak yang turut menghasut PAS agar tidak menjemput Chegu Bard di dalam program yang dianjurkan oleh parti berkenaan, benarkah begitu? Jika benar, memang zalim PKR terhadap Chegu Bard. Bagaimana pula jika tidak benar?

Apa pun yang ada tersarang di hati Chegu Bard saya tidak tahu, tetapi saya menyokong agar PKR mesti telus dan dilihat telus di dalam merealisasikan demokrasi di dalam parti. Di dalam keadaan sedemikian, saya tidak bersetuju jika Chegu Bard menjadi seperti CMK walaupun ada nasihat atau pandangan dari CMK itu betul. Bagi saya, semakin banyak ketidakadilan yang berlaku terhadap Chegu Bard, tokoh muda ini semakin matang, disegani dan makin disanjung ramai ahli. Seperti juga DS Anwar, semakin dizalimi dan ditekan, Anwar semakin berani dan semakin mendapat sokongan ramai.

Saya berpandangan bahawa Chegu Bard lebih baik dan releven berada di dalam PKR selagi beliau disokong ramai walaupun tanpa jawatan. Sukar untuk diterima akal bahawa Chegu Bard akan meninggalkan parti lebih-lebih lagi mengheret semua penyokongnya untuk bersama beliau. Tindakan seperti ini pada saya tidak bijak seperti juga tidak bijaknya SUA PKR menangani kontroversi di dalam pemilihan PKR yang lalu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan