JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 28 Mei 2011

IBU PEJABAT PARTI MAHU DILELONG, JANGAN BUAT TIDAK KISAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BERMACAM dugaan yang dihadapi oleh PKR sejak ianya ditubuhkan. Dugaan paling hebat dan masih dibelenggu adalah fitnah jahat ke atas Ketua Umumnya DS Anwar, kemudian mula berjangkit kepada ahli keluarga beliau sehingga laporan Polis terpaksa dibuat.

Dugaan seterusnya adalah terdapat cubaan untuk mengharamkan PKR itu sendiri seolah-olah PKR ini seperti satu kumpulan gerila atau pemberontak. Paling memalukan, cubaan untuk mengharamkan PKR ini cuba dibuat kununnya melalui tatacara profesional oleh kerajaan tetapi apa yang mereka lakukan memperlihatkan kecuaian mereka sendiri di dalam melaksanakan tugas sebagai kakitangan kerajaan. Sama seperti pihak Polis menyaman pejalan kaki yang tidak memakai topi kaledar.

Baru-baru ini terbaca pula laporan bahawa bangunan Ibu Pejabat PKR di Tripocana, Petaling Jaya bakal dilelong kerana pemiliknya dikatakan tidak membayar ansuran kepada Bank.

Bendahari PKR, YB William menjelaskan, " NONEBuat masa ini PKR menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah syarikat dengan sewa bulanan antara “RM10,000 hingga RM20,000". “Kami hanya menyewa. Tuanpunya tidak bayar. Ini bukan pinjaman kami dan kami tidak berhutang dengan bank. Kami cuma penyewa. “Saya tidak tahu mengapa mereka tidak bayar. Mungkin (pemiliknya) ada masalah perniagaan dan tidak dapat membayar pinjaman mereka,” katanya (Malaysiakini)

Tidak mustahil jika ada tekanan dari atas, maka pihak bank akan mempercepatkan usaha melelong bangunan tersebut sebelum Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang. Jika ini berlaku, maka sudah pasti PKR akan menghadapi masalah untuk menggerak dan menguruskan parti berkenaan. Sehubungan itu, PKR mulai sekarang harus berfikir sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang diperintah oleh PR, bahkan MB Selangor adalah pimpinan di dalam PKR. Tergamakkah kita melihat PKR diusir umpama `binatang' angkara tuan punya bangunan itu berhutang dengan pihak lain? Bukan tujuan kita mahu Kerajaan Selangor menggunakan wang rakyat untuk membiayai atau membeli bangunan pejabat untuk PKR, tetapi apakah salah jika PKR dapat menyewa atau lebih baik lagi dapat membeli mana-mana bangunan kepunyaan Kerajaan Negeri Selangor?

NONEMemang kita akui PKR bukan parti kaya raya seperti parti di sebelah sana yang hidup mereka penuh dengan korupsi. Tetapi kita harus ingat, untuk menunjukkan kita mampu ke Putrajaya kita mesti juga menunjukkan ketrampilan parti kita. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau bermewah dengan pejabat yang besar, tetapi memadai kita tidak lagi dihina dan diusir sesuka hati dan pada bila-bila masa.

Kita berharap pimpinan parti dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh parti. Jangan kesemua ini mahu dibebankan ke atas kepala DS Anwar semata-mata sedangkan kita tahu beliau sekarang sudah banyak menanggung beban akibat fitnah musuh-musuh disekelilingnya.

Jangan lupa berbakti kepada parti sendiri yang telah memberikan peluang untuk kita berkuasa di sebuah negeri yang kaya raya./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan