JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 21 Mei 2011

SURAT KEPADA PKR - TINDAKAN MEMALUKAN OLEH ROS

Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT memalukan. Bagaimana mungkin seorang pegawai besar di dalam ROS boleh cuai di dalam mengenalpasti sesuatu undang-undang atau Perlembagaan Parti yang pihaknya mahu haramkan parti berkenaan? Ini bukan perkara kecil kerana ianya melibatkan pengharaman sesebuah parti yang kebetulannya pula sedang berada di puncak sokongan rakyat.

Bukan satu kesilapan, banyak kesilpan telah berlaku yang gagal dikesan oleh pegawai besar di dalam ROS ini. Adakah selama ini tugas beliau hanya menandatangani sahaja apa jua surat yang diletakkan di atas meja pejabat beliau? Nama anggota parti tersebut pun jauh tersasar malahan tidak direkodkan pun oleh parti berkenaan sebagai ahli. Jika bukan ahli, mengapa ada timbul dipecat tanpa ikut Perlembagaan Parti? Kesilapan tarikh juga berlaku.

Jelas, kerja ini seolah-olah dilakukan secara tergesa-gesa seperti juga dengan kes video seks yang dilakukan secara tergesa-gesa sehinggakan terakam susuk tubuh orang ketiga di dalam bilik. Mengapa ini terjadi? Gagal `membunuh' karektor DS Anwar, gagal menghancurkan rumahtangga DS Anwar, dan sebelum ini telah pun menyekat akhbar Suara Keadilan dengan tidak memberikannya permit, kini ada cubaan terbaru?

Manusia merancang, Allah jua merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Rakyat harus bangun dan bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan selepas ini kerana pengikut apco itu tidak akan berpuas hati selagi usaha jahat mereka tidak berjaya./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Kezaliman yang umnporno lakukan sehingga ke hari ini tidak sepatutnya boleh diterima lagi oleha orang yang mempunyai akal yang sihat.PRU 13 KITA JATUHKAN REGIM UMNPORNO

    BalasPadam
  2. hamba ini hanya mampu bermunajat kehadrat allah swt.agar diberi kesabaran,kekuatan iman kepada abang anuar ,kak wan serta keluarga abang anuar.hamba ini pernah merawat ibunda abang anuar tatkala abang anuar masih dipenjara.hamba melihat serta mendengar betapa pilu hati seorang ibu menghadapi dugaan yang lebih bisa dari racun disaat akhir hayatnya.ibu ini tidak pernah meluahkan rasa marah atau sekumit dendam terhadap musuh musuh anaknya.betapa agong serta rendah budi pekerti hati seorang ibu kepada anak yang sedang bergelut dengan seorang pemimpin beraja dimata bersetan dihati.hamba juga punyai anak serta suami akan tetapi untok melalui apa yang sedang dihadapi oleh kak wan dan anak anak,mana mungkin hamba dapat bertahan bertenang serta bersabar.mana mungkin hamba boleh secantik hati seorang ibu kepada anak yang dirobek maruah serta harga diri.hamba ini tidak punyai kemampuan melainkan berdoa dan terus berdoa semoga allah swt.memberi kemenangan kepada abang anuar ,kak wan serta keluarga abang anuar.amin.

    BalasPadam
  3. sebenarnya doa itulah satu kekuatan yang amat sangat kepada yang dituju yang tak dapat di tembusi oleh apa kuatan sekali pun didunia ini. Lagi ramai yang berdoa lagi bertambah kuat. Ini janji Allah. Doa ini diteima walaupun makhluk itu berada dimana mana sekali pun didunia ini.

    BalasPadam