BELAGA: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menyiasat kehadiran beberapa agensi kerajaan yang didapati berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N57 Belaga.
“Beberapa hari lalu, kami menerima maklumat bahawa di N57 Belaga, beberapa agensi Kerajaan Pusat seperti KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) sedang beroperasi. “Mereka dikatakan menetap di rumah-rumah panjang dan berkempen untuk Barisan Nasional,” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Izzah berkata, siasatan itu perlu berikutan ia adalah salah laku ketika tempoh kempen sedang berlangsung. Jelas beliau, pengunaan agensi terbabit juga membawa pelbagai tanda tanya dan dikhuatiri akan digunakan di semua DUN Pilihan Raya Sarawak kali ini yang dianggap paling berisiko buat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. “Kami dengan ini meminta satu siasatan dibuat SPR dengan segera, demi keadilan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak,” tegasnya.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan adakah tindakan membawa masuk agensi-agensi ini sebenarnya satu pengakuan BN bahawa jentera mereka di Sarawak gagal dan memerlukan bantuan BN Semenanjung. “Adakah ini satu petanda Umno sedang cuba memasuki negeri Sarawak dengan senyap memandangkan kerana ramainya anggota agensi-agensi ini adalah ahli Umno,” soal Nurul Izzah.
Nurul Izzah berkata, salah laku kempen BN juga boleh wujud di kawasan pedalaman kerana sistem pengundian di Sarawak agak unik di mana peti-peti undi akan dibawa ke rumah-rumah panjang untuk proses pengundian dijalankan. “Proses pengundian sebegini akan terbuka kepada pelbagai unsur yang mungkin sukar dikawal. “Sebagai contoh, kewujudan jentera BN yang bertapak di rumah-rumah panjang mungkin menjadi satu tekanan, atau bagaikan ancaman kepada para pengundi di situ untuk mengundi dengan bebas. Lebih-lebih lagi sekiranya jumlah anggota jentera BN itu melebihi jumlah petugas SPR,” jelas Nurul Izzah.
Dalam pada itu, beliau berkata, KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak tertentu kerana melakukan serangan Distributed Denial of Service (DDoS) ke atas laman web Malaysiakini, Radio Free Sarawak dan Sarawak Report semalam. “Kami menggesa SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia) agar menyiasat dengan segera pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan membawa mereka ke muka pengadilan. Kejadian sebegini tidak boleh dibenarkan berlaku, terutamanya dipertengahan waktu berkempen,” katanya./KeadilanDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan