JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 19 April 2011

SILAP LETAK CALON KM SARAWAK, MAKA KITA TEWAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH dakwaan yang menyatakan keputusan PR meletakkan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak sebagai calon KM Sarawak jika PR memenangi PRN Sarawak baru-baru ini adalah satu keputusan yang baik buat DAP dan PKR, tetapi tidak baik buat PAS? Secara lojik dan faktanya, dakwaan tersebut amat tidak masuk akal samasekali melainkan untuk mencari alasan mengapa PAS tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan di Sarawak.

Jika benar dakwaan tersebut, saya mahu bertanya apakah yang baik dilakukan oleh PR di dalam menentukan bakal KM Sarawak yang boleh memuaskan hati DAP, PKR dan PAS sekaligus? Adakah jika diletakkan calon PAS sebagai bakal KM Sarawak, maka kita mempunyai harapan cerah untuk mengambil alih kerajaan negeri Sarawak?

Perlawanan di Sarawak bukanlah untuk menentukan siapa KM Sarawak samada Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan serta yang lain mahu pun ugama Islam, Kristian, Budha, Hindu atau yang lainnya. Di Sarawak, kemenangan DAP yang calonnya dari kaum Cina di beberapa buah bandar besar di Sarawak bukan melihat kepada Baru Bian sebagai KM Sarawak. Kekalahan 5 kerusi PAS di Sarawak juga bukan kerana Baru Bian dinamakan sebagai calon KM Sarawak. Semenjak bila PAS di Sarawak berusaha untuk mendominasikan seluruh rakyat Sarawak agar PAS dapat memerintah Sarawak? Tidak diragui sekarang memang PAS semakin meningkat sokongan dari rakyat di Sarawak berbanding 2006, tetapi masih terlalu jauh untuk kita menyebut PAS boleh menerajui kerajaan negeri Sarawak.

Selain dari itu, DAP juga dilihat tidak berminat untuk menerajui Sarawak, sebab itulah DAP redha dengan 15 kerusi yang diberi kepadanya untuk bertanding. Sekiranya diletakkan juga calon DAP sebagai bakal KM Sarawak, akan timbul juga dakwaan yang sama. Lojiknya, tiada yang lebih baik diletakkan sebagai bakal KM Sarawak melainkan dari PKR. Selaku Pengerusi PKR Negeri, selain dari berbangsa Iban iaitu satu kaum terbesar juga di Sarawak maka lojik lah Baru Bian dinamakan sebagai bakal KM Sarawak jika PR mengambil alih kerajaan negeri di dalam PRN yang lalu.

Mungkin ada yang berfikir lebih bijak jika PKR meletakkan calon dari parti tersebut sebagai bakal KM Sarawak adalah dari kaum Melayu berugama Islam. Pandangan ini boleh diterima dan realistik, tetapi PKR hendaklah terlebih dahulu menentukan siapakah tokoh calon Melayu Islam yang lebih baik dan berketrampilan dari Baru Bian.

Rengkasnya, kekalahan PAS di 5 kerusi di Sarawak bukan kerana langkah PR menamakan Baru Bian sebagai bakal KM Sarawak seperti juga kemenangan besar beberapa calon DAP di Sarawak bukan kerana faktor Baru Bian ini. Mungkin ada faktor yang lebih besar yang sentiasa menghantui kita setiap kali pilihanraya yang menyebabkan bukan sahaja PAS tewas di Sarawak tetapi juga PKR yang hanya menambah dua kerusi di negeri tersebut.

Faktor paling asas adalah faktor sistem pilihanraya di negara ini yang terlalu kuno. faktor lain adalah dari gerak kerja kita sendiri yang mungkin ada juga kelemahan, tetapi jika kita sehebat ,mana pun jika sistem kuno ini tidak diubah, jangan pelik jika Kelantan nanti mereka rampas sekelip mata sahaja. Sila baca tulisan saya sebelum ini./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan