JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Khamis, 28 April 2011

VIDEO KENYATAAN ANWAR - BELASAH TV3, UTUSAN, NAJIB DAN ROSMAH



Dari Keadilan Daily

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur disifatkan begitu terdesak, sehingga sanggup menjadikan video fitnah sebagai strategi untuk mempertahankan kuasa, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mereka tak boleh lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan isu dasar dan pentadbiran. Jadi mereka gunakan cara ini, iaitu mencemarkan karektor orang lain.

“Strategi Najib ialah dengan memperalatkan TV3 dan Utusan Malaysia. Tetapi sehingga hari ini, mereka tidak jawab dakwaan (bekas pegawai kanan polis) Datuk Mat Zain.

Menurutnya, Mat Zain Ibrahim, yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara berhubung beberapa isu termasuk penyebaran video fitnah, yang melibatkan sumber polis sendiri.

“Dia (Mat Zain) menuntut untuk memulihkan tahap profesionalisme polis yang telah terjejas teruk akibat rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa. Perkara ini ditujukan kepada Peguam Negara Gani Patail dan Musa Hasan.

“Jadi, media diminta bersikap adil dan tolong tanyakan kepada mereka, dakwaan bekas pegawai senior polis ini,” tegas Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan keterangan lebih sejam berhubung laporannya terhadap Trio Datuk T, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi.

Anwar, yang berpakaian kemeja biru tiba bersama isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah kira-kira jam 2.50 petang.

Keterangan itu susulan daripada laporan polis yang dibuat di balai yang sama pada 22 Mac lalu.
Soalan Tak Berkaitan

Sementara itu, peguam Anwar, Sivarasa Rasiah berkata, soalan yang ditanyakan pegawai polis tidak ada kaitan dengan laporan anak guamya.

“Sebahagian besar soalan tidak tertumpu kepada laporan. Apa yang dituntut ialah siasatan terhadap ketiga mereka kerana jelas mereka melakukan kesalahan.

“Pertama memiliki dan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Kedua, mengugut Datuk Seri Anwar dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah untuk meletakkan jawatan mereka dalam politik.

“Mereka bertiga secara terbuka telah mengaku dan sepatutnya didakwa,” ujar Sivarasa.

Menurut beliau, pegawai yang mengambil keterangan kali ini telah ditukar, iaitu pegawai penyiasat DSP Shanmugam Moorthy dan pegawai perakam keterangan, ASP Asrul.

“Mereka memberitahu kita secara terbuka bahawa tindakan kali adalah atas arahan Peguam Negara, Gani Patail.

“Jelas, kedua institusi polis dan perundangan negara telah diperalatkan untuk kepentingan pihak tertentu. Politik negara ini seolah-olah telah dibawa ke longkang,” sinis Siva.

Turut hadir di IPD Dang Wangi petang itu ialah, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Nurul Izzah Anwar, pengarah biro komunikasi, Nik Nazmi Nik Mahmud, dan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini