JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Rabu, 20 April 2011

VIDEO SEKS - JERAT MAKAN TUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA diberitahu pihak Polis kini menumpukan kepada kes siapa yang menayangkan video lucah di Seri Carcosa, maka terasa `panas' pula geng `three strooges' @ Datuk T dibuatnya. Kenyataan yang menampakkan gelabah itu datangnya dari Datuk Shuib Lazim yang mendakwa `ketidakadilan' berlaku terhadap trio mereka.

Petikan Malaysiakini menyebut, " Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang. Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan. "Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan) - Malaysiakini.

Kununnya mereka tiada niat untuk sebarkan video lucah berkenaan. Jika sudah semua editor akhbar ternama termasuk dari media Pembangkang pun dipanggil, kalau bukan untuk dihebahkan untuk apa lagi? Untuk jadi Saksi? Jika untuk jadi Saksi, mengapa perlu ugut pemimpin pembangkang dan isterinya agar meletakkan jawatan di dalam politik? Jika pemimpin itu meletakkan jawatan, maka kes video berkenaan akan ditutup. Maka, perlu apanya Saksi lagi? Saksi untuk apa? Bukankah peringkat awalnya Trio ini bertegas tidak mahu menyerahkan video lucah tersebut kepada pihak Polis. Jika tiada niat untuk diserahkan kepada Polis, bermakna mereka tidak mahu kes ini dipanjangkan untuk siasatan.

Maka lojiknya Saksi itu untuk apa? Jawapannya mudah, iaitu untuk menghebahkan kepada umum darihal video tersebut dan terbukti video berkenaan didedahkan juga melalui media bahkan tanpa segan silu ditayangkan sedikit babaknya melalui TV. Itulah yang mereka mahu sebenarnya. Jadi, tidak perlulah mereka untuk berselindung lagi.

Melucukan pula, mereka mahu diadakan ujian DNA (jika ada daki yang terlekat) pada jam Omega yang kununnya kepunyaan pemimpin Pembangkang tersebut. Selepas ini jangan hairan jika ada sekumpulan songkok tinggi yang bebal itu akan berhimpun dan menyalak meminta Anwar serahkan DNA lagi untuk dipadankan dengan `daki' pada jam Omega yang telah diserahkan kepada pihak Polis itu. Kali ini mereka akan kata DNA Anwar yang baru diserahkan kepada mahkamah di dalam kes fitnah Liwat II telah `luput tarikh'...

Tertawa dunia kepada negara kita yang tiada kerja lain melainkan mengumpul DNA Anwar, sedangkan dunia luar sibuk membangunkan ekonomi negara mereka. Ini semua adalah kerana di negara kita masih ada golongan yang tiada kerja lain selain dari berfikir untuk menjatuhkan orang lain hatta dengan tipu daya dan fitnah jahat mereka. Mungkin juga kerana di TV kita semakin banyak menayangkan filem hantu maka semakin bercambah manusia berperangai hantu Iblis.

Syabas buat kali ini kepada pihak Polis yang telah mula peka kepada kehendak rakyat agar mengambil tindakan kepada manusia berperangai hantu yang menayangkan video lucah ini. Kita harap tiada `drama' lain dimainkan di dalam isu ini melainkan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan./wfauzdin.blogspot .com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan