LIMBANG: Pakatan Rakyat akan memberi kejutan yang hebat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan pada 16 April ini, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Justeru beliau menyeru jentera Pakatan Rakyat supaya turun ke seluruh pelusuk negeri Sarawak sepanjang kempen pilihan raya itu, sekiranya mahu kemenangan mereka direalisasikan. “Setiap calon-calon Pakatan itu adalah calon kita. Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan. Ini merupakan semangat muafakat dan strategi kempen yang perlu diatur supaya tiada mana-mana kawasan pun yang tertinggal untuk mendapat maklumat.
“Saya yakin Pakatan Rakyuat akan memberi kejutan yg hebat pada pilihan raya Sarawak kali ini. Sehingga kini, di kebanyakan tempat, calon kita tidak hilang atau dibeli dan Barisan Nasional tidak menang percuma,” katanya semasa melawat bilik gerakan Keadilan dan DAP di pekan Limbang, semalam.
Terdahulu sebelum itu, Anwar yang dalam lawatan padatnya bagi membantu kempen di Sarawak, melawat pusat penamaan calon di Dewan Tertutup Limbang bersama calon Batu Danau, Dr Lau Liak Koi. Anwar turut bertemu masyarakat Iban di rumah Panjang Lubok Simpor dan Jembatan Lubai dekat Lubai Tengah.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, masih ada lagi kawasan yang perlu digempur jentera parti, terutamanya di kawasan yg didiami penduduk berketurunan Melayu Islam. “Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah penumpuan di kawasan-kawasan Melayu. “Berbanding orang Dayak dan Bidayuh yang menunjukkan sokongan padu, orang Melayu perlu diberikan keyakinan.
Mulai sekarang, tiada masa untuk rehat kepada kita. Kita perlu bergerak terus untuk mencapai kemenangan,” tegas Anwar./KeadilanDaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan