JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 19 April 2011

Shamsul beri keterangan qazaf terhadap Datuk T

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin dipanggil untuk disoal siasat selama hampir dua jam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini, berhubung laporan qazaf yang difailkan terhadap Trio Datuk T.

Ia merupakan susulan laporan yang dibuatnya kepada JAWI awal bulan ini terhadap individu berkenaan, yang menyebar dan menayangkan rakaman video seks palsu di sebuah hotel di ibu negara, 21 Mac lalu. Sehubungan itu, Shamsul akan dipanggil sekali lagi oleh Jawi 4 April depan bagi memberi keterangan tambahan terhadap dakwaan Qazaf berkenaan, yang dibuat mengikut seksyen 41 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Shamsul ketika ditemui selepas keterangan itu dibuat berkata, pegawai penyiasat Jawi menyoal beberapa soalan berhubung rakaman video fitnah berkenaan. “Mereka bertanya adakah kes ini wujud agenda politik pihak tertentu dan apakah pandangan saya mengenai desakan Kumpulan Datuk T berkaitan Jam Omega. “Saya jawab, dari segi kaedah syarak, oleh kerana yang memfitnah dalam kes ini dilakukan Kumpulan Datuk T, maka merekalah yang patut mengemukakan bukti.


“Mengapa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku mangsa fitnah diasak dan didesak untuk membuktikan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau,” ujarnya yang juga seorang peguam.

Shamsul yang hadir di pejabat Jawi jam 10.45 pagi turut ditemani Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip serta dua peguamnya, Mohammad Amir Nazli Hussin dan Fahda Nur Ahmad Kamar. Shamsul dalam pada itu berkata, beliau yakin pihak JAWI akan turut memanggil Trio Datuk T untuk disoal siasat. “Saya yakin JAWI ada komitmen dan nampak bersungguh untuk siasat kes ini.

Saya tidak mahu buat andaian awal, tetapi (kes Qazaf) perlu dibawa ke mahkamah syariah untuk dibuat pendakwaan. “Lagipun, saya ada melihat bussines Card, Datuk T di atas meja pejabat JAWI tadi,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, tiga individu termasuk bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengakui mereka merupakan kumpulan ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelumnya. Dua lagi individu terlibat ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim./KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan