JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Selasa, 26 April 2011

KES LIWAT - PERSOALAN YANG MENGUJA KITA BERFIKIR

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA telah banyak mengikuti ulasan dan komen dari orang ramai samada melalui blog atau facebook berkaitan kes fitnah Liwat II melibatkan DS Anwar yang kini semakin ke penghujung.

Saya tertarik dengan beberapa persoalan dari mereka, di antaranya adalah seperti berikut;

1. Mengapa Pertuduhan berbeza dengan laporan Saiful yang mendakwa beliau dipaksa, sedangkan pertuduhan di bawah Seksyen 377B membawa maksud sukarela atau suka sama suka? Tidakkah wajar digunakan Seksyen 377C yang lebih tepat dengan laporan Saiful?

2. Saiful mendakwa beliau dipaksa, tetapi tiada kesan di duburnya kemasukan secara paksa. Diberitahu bahawa KY Jelly digunakan, tetapi lojiknya jika dipaksa mesti juga walau sedikit ada kesan melecet, luka, lebam di mana-mana bahagian tubuh badan atau didubur memberi erti ada paksaan berlaku dan ada tentangan dari Saiful yang muda dan gagah itu.

3. Sepanjang perbicaraan, tiada dibuktikan Saiful berada di dalam bilik kondo tempat yang dikatakan berlaku kejadian. Yang ada hanya kelibat Saiful memasuki kondo dan berada di lift sahaja.

4. Memang mereka telah memperolehi DNA melalui barang-barang Anwar sewaktu Anwar ditahan di dalam lokap Polis, tetapi adakah mereka telah membuktikan bahawa DNA yang mereka perolehi itu adalah air mani Anwar yang kununnya terdapat di dalam dubur Anwar?

5. Diberitahu bahawa DNA telahpun di`usik' terlebih dahulu oleh Jude Pereira Pegawai Polis yang menyiasat kes ini sebelum dihantar ke makmal.

6. Dimaklumkan juga bahawa terdapat lebih sample DNA disekitar dubur Anwar. Saiful membuat pengakuan bahawa beliau hanya diliwat oleh Anwar seorang. Mengapa tiada ujian dilakukan terhadap sample DNA yang lain selain dari DNA `Y'?

7. Tiada bahan bukti lain dijumpai di tempat kejadian melainkan sehelai bulu kepunyaan Anwar. Jika Saiful berada di bilik itu bersama Anwar, mengapa bulu Saiful tidak dibawa sebagai bahan bukti kes?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang pelik tapi benar di dalam kes ini. Namun, kita yakin pihak mahkamah sudah tentu ada keputusan yang baik dan bijak di dalam isu ini. Jika dahulu kes fitnah Liwat I menimbulkan seribu satu keganjilan, tidak semestinya ia boleh berulang lagi.

Sekiranya mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri, kita akan dapat menyaksikan lebih banyak persoalan yang lebih menarik lagi. Buat ketika ini, syabas kita ucapkan kepada Tim Pembela kerana telah berjaya merungkai banyak perkara./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini