JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Isnin, 2 Mei 2011

BERKAT SOLAT HAJAT - UMNO KINI KERA SUMBANG

Oleh: WFAUZDIN NS

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam Bn, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh PERKASA terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Bn. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai Bn akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan Bn yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam, Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Husam JIKA ujian POLIGRAF HJ.SK bukan ujian POLIGAMI tau ,kalau sah anuwar pembohong PAS akan join BN Alhamdulilah dan buat sujud syukur dan solat hajat kerana ALLAH SWT dah tunjukan kebenaran tapi aiyooo macam biasa sayang nak tinggalkan DAPigs tu haiyaaaa apa macam?

    BalasPadam
  2. HUSAM NAK SELAMATKAN NIK AZIZ JER. NIK AZIZ DAH SILAP BUAT KENYATAAN. DIA KATA TUN M TERLIBAT.
    LEPAS TU DIA KATA VIDEO SEK NUAR TEKNIK TAK BETOL. TAK NAMPAK MUKA. NIK AZIZ DAH TENGOK KER?
    KALAU TAK TENGOK LAYAK KER DIA KOMEN?

    BalasPadam