JOM MASUK AHLI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DENGARKAN KOBAT FM ONLINE

Sabtu, 11 Jun 2011

AHLI GERAKAN LEBIH BIJAK DARI PEMUDA UMNO

?
Oleh: WFAUZDIN NS

BOLEHLAH kita ucapkan sedikit tahniah kepada beberapa peguam dari Parti Gerakan yang akan menyertai Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai nanti. Alasan mereka bijak dan bertamadun kerana mereka menyatakan Perlembagaan membenarkan perhimpunan secara aman.

NONE" Keputusan menyertai perhimpunan itu bukan kerana beliau menyokong BERSIH dan tuntutannya tetapi kerana perlembagaan persekutuan menjamin demonstrasi aman" (Malaysiakini).

Kita tidak memaksa sesiapa pun untuk bersama dengan pendapat dan tuntutan kita, tetapi asas mereka yang menyokong perhimpunan aman ini patut dipuji kerana mereka memahami Perlembagaan. Mereka yang menentang perhimpunan itu adalah terdiri daripada mereka yang otaknya beku.

Seperti juga dengan perhimpunan yang diadakan oleh Perkasa dan beberapa kumpulan yang menuntut DS Anwar menyerahkan DNA nya dahulu. Kita semua tahu mereka jahil tentang DNA, tetapi kita boleh menerima mereka berhimpun secara aman malahan mereka buat di seluruh negeri. Tiada masalah pun.

Lucu juga kita bila melihat beberapa kumpulan dari NGO dan Pemuda Umno yang berdemontrasi membantah demontrasi. Begitulah keadaannya apabila merasa bersalah maka mahu digunakan kuasa untuk menghalang rakyat dari bangun menyuarakan perasaan mereka.

Wakil Peguam dari Parti Gerakan P.Pinang turut menyatakan, " setiap orang mesti hormat perlembagaan persekutuan yang membenarkan demonstarsi aman bagi rakyat meluahkan suara mereka,” kata Baljit kepada Malaysiakini.

Perhimpunan BERSIH pada 09 Julai ini nanti adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campurtangan Seri Paduka dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Sewajarnya semua rakyat Malaysia menyokong usaha ini jika mahu melihat demokrasi di negara ini terpelihara. Usah bertanya kepada rejim yang ingin mengekalkan kuasa, sudah pasti mereka selesa dengan demokrasi tempang yang ada sekarang./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan